Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2009

Projek Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (B) start 2011 - Jack Aman

SRI AMAN, Isnin (11 Mei) – Projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bagi peringkat Fasa I (B) dijangka akan bermula sekurang-kurang pada tahun 2011 ini kata Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Jack Aman Luat.

Buat masa sekarang kata beliau Taman Tebingan Sungai Batang Lupar bagi peringkat Fasa I (A) yang menelan kos sebanyak RM2,160,300 kini mencapai tahap 95 peratus siap dan dijangka selesai pembinaannya pada 15 Julai ini.

“Projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bagi peringkat Fasa I (B) ini nanti memerlukan kos sebanyak RM4 juta.

“Jadi pihak kami sekarang ini hanya menantikan kelulusan peruntukkan berjumlah RM4 juta itu bagi perlaksanaan projek Fasa I (B) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ini kelak,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Sekiranya peruntukkan ini diluluskan di bawah RMK10, projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bagi peringkat Fasa I (B) kata Jack akan dapat diteruskan dengan penyambungan dataran Taman Tebingan itu sehingga ke kawasan Tokong Cina di tebingan sungai terbabit.

“Jadi sambutan Pesta Benak Sri Aman dijangka akan lebih berprestij untuk masa hadapan sekiranya kedua-dua projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman ini dapat disiapkan kelak,” katanya.

Terdahulu Jack telah menghadiri Kempen Keselamatan Jalan raya Negeri Sarawak Bahagian Sri Aman yang berlangsung di hadapan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman di sini hari ini.

Kempen yang merupakan anjuran bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sri Aman dan Pejabat Residen Sri Aman ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Menerusi kempen itu sejumlah 250 bungkusan barangan telah diedar kepada pengguna kenderaan dalam bandar ini yang mana upacara itu telah dirasmikan oleh Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan sambil diiringi oleh Pengarah JKJR Sarawak, Rano Aylwino Akat dan para pegawai kerajaan dari bandar ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment