Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2009

pilihan raya kecil DUN Batang Ai bukti rakyat reject PKR


Caption: PENGHARGAAN...Tr Jubang (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Nyalau (kanan) sambil disaksikan oleh Shyennier (tengah) ketika berlangsungnya majlis semalam.

LUBOK ANTU, Selasa (5 Mei) – Parti KeAdilan Rakyat (PKR) tidak mendapat tempat di hati rakyat yang sebelum ini terbukti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada 7 April lalu kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya Malcom Mussen Lamoh berjaya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai dalam pilihan raya kecil berkenaan setelah menewaskan calon PKR iaitu Jawah Gerang dengan sejumlah 1,854 majoriti undi.

“Keputusan ini sekaligus memgambarkan bahawa rakyat terutamanya kaum Dayak yang tinggal di kawasan pedalaman menolak dasar perjuangan PKR yang berpusat di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan Program Rakan Muda Kesukarelaan, Kemasyarakatan dan Seni Budaya peringkat Parlimen Lubok Antu anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman bertempat di Rumah Panjang Jubang, Sbangki Panjai di sini, semalam.

Selain itu kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Batang Ai ini menurut Nyalau secara tidak langsung telah membuktikan bahawa PKR gagal meracuni fikiran rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman selama ini.

Rata-rata rakyat di kawasan Lubok Antu kata Nyalau masih yakin dengan kepimpinan BN dalam menerusi usaha pembangunan di seluruh kawasan daerah berkenaan selepas ini.

“Justeru saya mengingatkan semua rakyat Lubok Antu untuk tidak mudah terpengaruh dengan dasar perjuangan PKR kerana ini kelak boleh mendatangkan kerugian terhadap diri mereka sendiri,” katanya.

Nyalau pada majlis itu menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM20,000 kepada JKKK Rumah Jubang, RM5,000 kepada Biro wanita JKKK Igar Bintong, Biro wanita JKKK Puso Kerangan Mong (RM5,000), JKKK Kelvin Wong Panjai (RM10,000) dan Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sbangki (RM10,000).

Hadir sama ialah Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Shyennier Jean Serit, Pembantu Luar Kanan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Batang Ai Linda Lim Kawi dan para ketua kaum dari sekitar Lubok Antu.


Seramai 40 belia yang dijadikan sebagai anak angkat oleh penduduk rumah panjang Jubang melibatkan diri dalam aktiviti kerja gotong – royong seperti membina logo selamat datang dan selamat jalan serta membersihkan kawasan sekitar rumah panjang itu.

Tamat….

1 comment:

  1. bukan bukti reject pkr, tapi bukti rakyat btg ai bodoh dan tidak mahu perubahan. lihat kebanyakan kawasan pilihanraya dalam mood sekarang semuanya mahukan perubahan tetapi rakyat btg ai masih nak makan taik jabu!!! hahahaha...sah dibodohkan oleh jabu yang paloi!

    ReplyDelete