Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2009

Pertandingan karaoke sempena karnival Gawai di Betong 16 mei ini

SRI AMAN, Sabtu (9 Mei) – Orang ramai dari sekitar kawasan Betong berpeluang untuk mencuba bakat nyanyian masing-masing menerusi Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Iban yang diadakan bersempena dengan Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong 2009 pada 16 Mei ini.

Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Iban itu akan bermula pada jam 7 malam bertempat di Dewan Tan Sri Alfred Jabu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine Betong.

“Pertandingan ini dibuka kepada orang ramai berumur yang berumur 18 tahun ke atas dan setiap mereka hanya dibenarkan menyampaikan sebuah sahaja lagu Iban bagi tujuan pertandingan ini.

“Justeru mereka yang berminat untuk bertanding dalam pertandingan ini perlulah mendapatkan borang penyertaan daripada Janting Isa dan Jimmy Braoh di SMK Saint Augustine atau Juliana Bragai dari Saratok.

“Borang penyertaan yang siap diisi beserta yuran penyertaan harus diserahkan kembali kepada mereka sebelum jam 1.30 petang pada 11 Mei ini nanti,” kata jurucakap penganjur berkenaan.

Selain itu setiap peserta yang menyertai Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Iban ini juga diwajibkan membawa VCD lagu masing-masing bagi tujuan persembahan nyanyian mereka menerusi pertandingan terbabit.

“Keputusan juri adalah muktamad. Kegagalan untuk hadir pada waktu yang telah ditetapkan pada pertandingan itu atau mengalami kerosakan VCD ketika pertandingan boleh menyebabkan peserta kalah secara automatik.

“Untuk pertanyaan lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Janting Isa di talian 013-5604909, Jimmy Braoh di talian 013-8174103 dan Juliana Bragai di talian 019-8689468,” katanya.

Pemenang pertandingan ini akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM300 (tunai) beserta dengan hamper bernilai RM100. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM200 dan RM100 disamping hamper bernilai RM100.

Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Iban ini juga turut menawarkan dua hadiah saguhati bernilai RM50 dan hadiah bagi persembahan terbaik bernilai RM100.

Tamat.

No comments:

Post a Comment