Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 May, 2009

Pertandingan Hasil Kraftangan Dari Barangan Kitar Semula (3R) 23 Mei ini

SRI AMAN, Sabtu (16 Mei) – Para pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah ini berpeluang untuk menyertai Pertandingan Hasil Kraftangan Dari Barangan Kitar Semula (3R) bertempat di Mini Stadium, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) pada 23 Mei ini nanti.
Penasihat Jawatankuasa Jawatankuasa Pengelola Pertandingan, Kaunselor Jimmy Chong Jin Huat menerusi kenyataan media semalam memberitahu pertandingan ini merupakan anjuran pihak MDSA dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
“Pertandingan Hasil Kraftangan Dari Barangan Kitar Semula (3R) bertempat di Mini Stadium, Majlis Daerah Sri Aman ini nanti diadakan bersempena dengan Program LA 21 Peringkat Bahagian Sri Aman.
“Jadi kita mengalu-alu penyertaan pelajar dalam pertandingan secara terbuka ini yang akan bermula dari jam 8 hingga 11.30 pagi pada 23 Mei ini bertempat di mini stadium berkenaan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi MDSA.
Selain itu menurut Chong pertandingan ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk minat para pelajar terhadap kepentingan amalan budaya kitar semula disamping mencungkil bakat peserta dari segi bidang pembuatan kraftangan.
Untuk itu katanya para peserta diingatkan untuk membawa sendiri barangan seperti suratkhabar, kotak, botol, tin kosong dan lain-lain peralatan berkaitan untuk tujuan tersebut pada pertandingan itu nanti.
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dari pejabat atau perpustakaan MDSA di sini dan borang yang telah lengkap diisi haruslah dikembalikan semula kepada pihak kami secepat mungkin.
"Semua peserta diminta datang awal pada waktu pagi pertandingan tersebut bagi tujuan pendaftaran disamping pemberian baju kemeja T secara percuma kepada mereka,” katanya.
Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak iaitu Datuk Francis Harden anak Hollis dijangka akan merasmikan Pertandingan Hasil Kraftangan Dari Barangan Kitar Semula (3R) bertempat di Mini Stadium, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) itu nanti.
Tamat.

No comments:

Post a Comment