Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2009

Pengguna lintang pukang tengok JPJ datang

SRI AMAN, Khamis (30 April) – Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sri Aman yang melakukan rondaan di sekitar bandar Sri Aman ternyata menimbulkan suasana kelam kabut dikalangan pengguna kenderaan bermula pada awal pagi hari ini.

Pihak JPJ terbabit dilihat menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan melakukan rondaan serta menyaman mana-mana pengguna yang didapati melanggar kesalahan undang-undang parkir bermula di sekitar kawasan laluan Jalan Kelab dalam bandar ini.

Melihat kehadiran unit penguatkuasa undang-undang terbabit, para pengguna dilihat mula ‘berlakon’ untuk mematuhi undang-undang parkir di sekitar kawasan tersebut bagi mengelak daripada disaman oleh pihak berkenaan.

Setelah selesai meronda di kawasan laluan Jalan Kelab berkenaan, pihak JPJ ini kemudiannya bergerak ke arah kawasan premis bank berhampiran Stesen Bas Sarawak Transport Company (STC) untuk melakukan pemeriksaan di sana.

Utusan Sarawak yang berada di lokasi tersebut secara kebetulan mendapati bahawa banyak kenderaan parkir di sepanjang laluan jalan yang tidak dibenarkan sehingga boleh menimbulkan masalah lalulintas di kawasan tersebut.

Pihak JPJ bagaimanapun dilihat cuba mengamalkan sikap tolenrasi mereka dengan mengeluarkan amaran terhadap semua pemilik kenderaan terbabit untuk mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan larangan parkir terbabit.

Dengan menggunakan alat pembesar suara dari kereta peronda mereka, pihak JPJ telah mengeluarkan amaran untuk menyaman mana-mana pengguna yang gagal bertindak mengalihkan kenderaan masing-masing.

Hakikat para pengguna kenderaan di bandar ini mengalami dilemma berhubung masalah parkir kenderaan dalam bandar ini ketika mahu melaksanakan urusan rasmi harian masing-masing.

Para pengguna tidak seharusnya menyalahkan pihak JPJ sekiranya kenderaan mereka disaman kerana ia adalah merupakan tugas utama mereka demi memastikan undang-undang jalan raya di bandar ini dipatuhi oleh pengguna kenderaan untuk sepanjang masa.

Tamat.



No comments:

Post a Comment