Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2009

Pemberian zakat asnaf continue di Kabong, Saratok


Caption: MANFAAT...Roslan (ketiga dari kiri) sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para penerima Zakat Asnaf dan kakitangan Bank Rakyat cawangan Sri Aman sebaik sahaja selesai majlis baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (8 Mei) – Seramai 141 orang pelajar miskin beragama Islam dari tiga buah sekolah rendah dalam kawasan Kabong, Saratok telah menerima Zakat Asnaf 2008 daripada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau Bank Rakyat cawangan Sri Aman.

Tiga buah sekolah rendah terbabit iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Junit Gerigat, SK Kampung Alit dan SK Kampung Sungai Pasir telah menerima sumbangan Zakat Asnaf 2008 yang mencatat nilai keseluruhan berjumlah RM7,050.

Kesemua sumbangan Zakat Asnaf 2008 itu telah disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat cawangan Sri Aman, Roslan Ali kepada tiga wakil penerima dari sekolah rendah terbabit ketika berlangsungnya Majlis Sukan Tahunan SK Haji Junit Gerigat di padang sekolah terbabit baru-baru ini.

SK Haji Junit Gerigat sambil diwakili oleh Guru Besarnya iaitu Anual Ismail telah menerima sumbangan Zakat Asnaf bernilai RM5,450 manakala Penolong Kanan SK Kampung Alit iaitu Bahtia Ibrahim telah menjadi wakil untuk menerima sumbangan yang sama berjumlah RM1,550.

Manakala Hashima Drahman pula telah mewakili SK Kampung Sungai Pasir untuk menerima sumbangan Zakat Asnaf bernilai RM50 daripada Bank Rakyat cawangan Sri Aman.

Terdahulu, Roslan menerusi ucapannya pada majlis itu menyatakan bahawa pemberian Zakat Asnaf itu adalah sumbangan ikhlas daripada pihak Bank Rakyat di atas sokongan para pelanggannya terhadap institusi perbankan terbabit sebelum ini.

“Justeru diharap agar penduduk dan pihak guru di sini terus memberikan kerjasama terhadap pihak kami ke arah memantapkan lagi institusi perbankan Bank Rakyat di masa akan datang,” katanya.

Majlis penyerahan Zakat Asnaf 2008 ini turut disaksikan oleh pegawai Bank Rakyat cawangan Sri Aman iaitu Zamari Rajali Rajak dan Abang Mohd Sarkawi bin Abang Mohd Salleh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment