Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 May, 2009

Lelaki maut dalam kemalangan di kilometer 22 jalan sri aman / sarikei




SRI AMAN, Khamis (7 Mei) – Seorang lelaki maut dalam kemalangan apabila motorsikal yang ditunggang olehnya merempuh sebuah kenderaan jenis Toyota menerusi kejadian yang berlaku di Kilometer 22 Jalan Sri Aman / Sarikei sekitar jam 7.20 malam tadi.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Sarjan Mejar Ajin anak Buncol ketika dihubungi berkata mangsa yang terkorban itu dikenali sebagai Ngadan anak Sulok, 36, dari Rumah Gunong, Samak dalam kawasan Undop, Sri Aman.

Menurut beliau kejadian kemalangan maut berkenaan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Sri Aman dari arah Undop dengan motorsikal miliknya sendiri.

Bagaimanapun ketika di tiba kilometer 22 Jalan Sri Aman / Sarikei, motorsikal yang ditunggang oleh mangsa kata Ajin telah memasuki laluan kanan jalan dan merempuh kenderaan milik sebuah keluarga yang kebetulan sedang dalam perjalanan dari Sri Aman ke Betong.

Pertembungan ini menurut beliau telah menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 3.6 meter dari lokasi kemalangan manakala motorsikal beliau pula diseret oleh kenderaan terbabit sehingga lebih daripada jarak 100 meter.

“Mangsa dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mengalami patah kedua-dua belah kaki akibat kejadian kemalangan terbabit.

“Atas sebab ini pihak polis telah bertindak menahan pemandu kenderaan Toyota tersebut bagi tujuan siasatan pada malam tadi dan telah pun dilepaskan dengan ikat jamin polis pada waktu pagi hari ini,” katanya.

Terdahulu Utusan Sarawak telah difahamkan bahawa mangsa adalah merupakan seorang pekerja di kem pembalakan tidak jauh dari kawasan tempat tinggal dan mempunyai isteri serta satu orang anak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment