Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2009

KSK Batang Ai akan anjur 4 acara sukan


Mugshot: ROBIN LANGKAU

SRI AMAN, Isnin (4 Mei)– Kelab Sukan Komuniti (KSK) Batang Ai akan menganjurkan empat buah pertandingan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai yang bakal berlangsung di Lubok Antu bermula dari 9 hingga 17 Mei ini.

Pengerusinya, Robin Langkau ketika dihubungi berkata empat buah pertandingan yang bakal diadakan bagi kawasan DUN terbabit adalah Bola Sepak (khas untuk mereka yang bekerja di DUN Batang Ai), Bola Tampar, Bola Jaring dan Sepak Takraw.

“Penyertaan ke dalam Pertandingan Bola Sepak, Bola Tampar dan Bola Jaring hanya terhad kepada 10 buah pasukan sahaja manakala Pertandingan Sepak Takraw pula terhad kepada 12 buah pasukan.

“Yuran penyertaan berjumlah RM20 akan dikenakan bagi setiap pasukan yang mahu mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Tampar, Bola Jaring dan Sepak Takraw manakala yuran penyertaan RM60 berserta dengan wang cagaran sebanyak RM100 (dikembalikan) akan dikenakan terhadap setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya.

Kesemua pasukan johan hingga ke pemenang tempat ke-4 bagi setiap pertandingan tersebut menurut beliau akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM500, RM300, RM200 dan RM100.

Untuk itu pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan untuk pertandingan Bola Tampar, Bola Jaring dan Sepak Takraw bermula pada 5 Mei ini sebelum ianya ditutup pada 15 Mei kelak.

“Manakala itu pasukan yang berminat untuk menyertai pertandingan Bola Sepak pula boleh mendapatkan borang yang telah mula disediakan semenjak 27 April lalu sebelum tarikh penutup pada 8 Mei ini.

“Mereka boleh menghubungi saya di talian 019-864 5459 atau berjumpa dengan Walison di Jabatan Kerja Raya Lubok Antu dan Alta Abang di SMK Lubok Antu untuk mendapatkan borang tersebut,” katanya.

Hanya sejumlah 16 orang (termasuk penyertaan wajib dua pemain veteran) sahaja yang dibenarkan berdaftar dalam setiap pasukan yang mahu berentap dalam pertandingan bola sepak terbabit manakala Bola Tampar serta Bola Jaring (perempuan) pula adalah 10 orang dan Sepak Takraw adalah empat orang pemain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment