Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 May, 2009

Kejohanan angkat berat di betong 13 - 16 mei

SRI AMAN, Jumaat (15 Mei) – Seramai 36 orang peserta lelaki dan perempuan daripada tujuh buah pasukan dalam negeri ini mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Angkat Berat antara Pusat Pembangunan dan Pusat Cemerlang Majlis Sukan Negeri Sarawak bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong bermula 13 hingga 16 Mei ini.

Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Lucas Kalang ketika dihubungi berkata tujuh buah pasukan terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas, SMK Kubong Limbang, SMK Bakong Miri, SMK Sebauh Bintulu, Pusat Pembangunan Angkat Berat Miri, SMK Sematan, Pusat Pembangunan Angkat Berat Kuching dan SMK Ulu Layar, Betong.

“Kejohanan Sukan Angkat Berat antara Pusat Pembangunan dan Pusat Cemerlang Majlis Sukan Negeri Sarawak ini dibahagikan kepada dua kaegori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan.

“Bagi Kategori Lelaki, 23 orang peserta lelaki akan berentap dalam acara angkat berat 56 kilogram, 62, 69, 77, 85, 94 dan 94 kilogram ke atas manakala 13 peserta perempuan pula akan berentap dalam kategori perempuan 48 kilogram, 58, 63 dan 75 kilogram ke atas,” katanya.

Menerusi kejohanan ini kata Lucas, pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak secara asasnya akan dapat memilih atlit sebagai langkah persediaan untuk menghadapi kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka pada tahun 2010 nanti.

Malahan kejohanan ini kata beliau secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada atlit elit mengenai sukan ini bagi menghadapi persediaan dalam SUKMA dalam kategori sukan angkat berat.

“Justeru kejohanan ini diharap agar dapat memberi pendedahan terbaru kepada atlit sukan angkat berat di negeri ini. Kejohanan ini dijangka akan tamat sepenuh sekurang-kurangnya esok (16 Mei) atau pun malam ini,” katanya lagi.

Majlis penutupan Kejohanan Sukan Angkat Berat antara Pusat Pembangunan dan Pusat Cemerlang Majlis Sukan Negeri Sarawak bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong ini telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Bahagian Sukan Angkat Berat SUKMA Sarawak iaitu Gerald Rentap Jabu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment