Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2009

JKKK atau persatuan perlu berdikari cara dana - Masir


SRI AMAN, Sabtu (9 Mei) – Persatuan atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak seharusnya bergantung kepada dana daripada kerajaan untuk melaksanakan aktiviti masing-masing di daerah ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat berkata persatuan atau JKKK perlu berdikari untuk menjana sumber kewangan masing-masing dengan menggunakan dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan terhadap mereka sebelum ini.

“Kerajaan tidak boleh memperuntukkan dana kewangan untuk semua persatuan atau JKKK dalam sesebuah daerah itu untuk sepanjang masa.

“Jadi mereka mestilah bertindak melaksanakan sesebuah program contohnya seperti pasar ria untuk menjana pendapatan masing-masing menerusi dana yang pernah mereka perolehi daripada kerajaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Easter 2009 bertempat di Dewan Gereja Saint John Melugu, Sri Aman malam tadi.

Tindakan berdikari yang ditunjukkan oleh sesebuah persatuan atau JKKK terbabit kata Masir bukan sahaja mampu menjana pendapatan tetap malahan secara tidak langsung dapat mengangkat kekuatan sesebuah persatuan itu dalam melaksana pelbagai aktiviti kemasyarakatan di masa akan datang.

“Malah JKKK yang mengamalkan langkah ini juga dapat menaiktaraf hidup masyarakat kampung masing-masing dengan melaksanakan aktiviti bercorak ekonomi hasil bantuan dana kerajaan.

“Justeru saya berharap JKKK atau persatuan dalam daerah ini mampu membuktikan bahawa mereka mampu berpijak di kaki sendiri tanpa adanya bantuan berterusan daripada kerajaan selepas ini,” katanya.

Masir menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada pihak Gereja Saint John Melugu bagi tahun ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment