Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2009

Gengsterisme atau tidak?

SRI AMAN, Ahad (10 Mei) – Satu drama ‘kejar-mengejar’ yang membabitkan sekumpulan remaja hingusan telah berlaku di laluan Jalan Council tidak jauh dari Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) malam tadi.

Kejadian ini membabitkan sekumpulan besar remaja yang terdiri daripada 7 hingga 11 orang dan mereka bertindak mengejar seorang remaja lain bermula dari Mini Stadium MDSA hingga ke laluan Jalan Counsil sekitar jam 9.40 malam.

Utusan Sarawak yang secara kebetulannya berada di lokasi kejadian pada mulanya menjangka akan berlakunya pertelingkahan besar di antara kumpulan terbabit dengan individu remaja tersebut.

Bagaimanapun setelah dinilai dari segi percakapan mereka apabila remaja terbabit berjaya ditangkap oleh kumpulan berkenaan di hadapan bangunan Lot 916, penulis menyimpulkan kejadian ini mempunyai hubungkait dengan hal perselisihan faham terhadap kumpulan remaja yang lain di Mini Stadium berkenaan.

Mungkin timbulnya hal salah faham di antara kumpulan remaja tersebut dengan kumpulan remaja yang lain ketika mereka hadir di Mini Stadium untuk menyaksikan Program Fiesta Karaoke 2009 yang diadakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Kelab Belia Bersatu Batang Lupar Sri Aman pada masa yang sama.

Setelah berhimpun selama lima minit di hadapan bangunan lot 916, kumpulan remaja terbabit kemudiannya mengiringi individu remaja tersebut terus ke Jalan Hospital melalui restoran makanan laut tempatan di situ.

Walaupun tiada sebarang kejadian diingini berlaku menerusi kejadian berkenaan namun tindakan kumpulan remaja terbabit secara tidak langsung telah mengemparkan para pelanggan yang berada di beberapa buah restoran berdekatan dengan laluan Jalan Counsil berkenaan.

Kejadian kejar-mengejar ini mungkin boleh menimbulkan persepsi gengsterisme dikalangan orang dewasa terhadap golongan remaja di bandar ini apabila segelintir ahli kumpulan remaja tersebut terdiri daripada mereka yang berumur sekitar 10 hingga 12 tahun.

Tamat.

No comments:

Post a Comment