Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2009

BN masih perlu sokongan Cina


Caption: MANFAATKAN…Dr Rayong (kiri) menyampaikan cek MRP kepada Kapitan Bong Jean Choon (kanan) selaku mewakili JKKK Marup Baruh kawasan Cina ketika berlangsungnya majlis berkenaan semalam.

SRI AMAN, Isnin (11 Mei) – Kerajaan masih memerlukan sokongan padu daripada penduduk kaum Cina di daerah kecil Engkilili, Sri Aman bagi tujuan pembangunan dalam kawasan daerah terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata Pekan Engkilili khasnya masih memerlukan lebih banyak projek pembangunan buat masa sekarang.

“Kerajaan masih memerlukan sokongan orang Cina di pekan ini (Engkilili) untuk membantu memperkembangkan kegiatan ekonomi dikalangan penduduk tempatan menerusi aktiviti perniagaan masing-masing seperti jual beli hasil tani dari masa ke semasa.

“Dengan cara ini pembangunan akan lebih cepat disalurkan oleh kerajaan dalam kawasan Engkilili ini...jadi adalah amat penting bagi penduduk kaum Cina meneruskan aktiviti ekonomi masing-masing demi kebaikan masa depan pembangunan kawasan ini,” kata Rayong.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ringkas penyerahan cek Peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Pekan Engkilili, Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu Rayong juga mahu para penerima MRP untuk memanfaatkan sepenuhnya wang peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan terhadap mereka sebelum ini dengan cara yang betul.

“Kerajaan mahu pemberian MRP ini memberi manfaat kepada semua penduduk...jadi rancanglah dengan berkesan langkah untuk menggunakan wang peruntukkan kerajaan terbabit,” katanya.

Terdahulu Rayong telah menyampaikan cek MRP itu kepada JKKK Jelukong kawasan Cina (RM3,000), JKKK Merio kawasan Cina (RM3,000) dan JKKK Marup Baruh kawasan Cina (RM3,000).

Beliau juga turut menyampaikan peruntukkan MRP kepada JKKK Jelukong Tr Sibat (RM3,000) dan Biro Wanita JKKK Jelukong Empawi (RM3,000) dari rumah panjang Tr C.r Sibat, Jelukong di majlis yang berasingan bagi hari yang sama.

Tamat.

No comments:

Post a Comment