Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2009

43 anggota RELA sertai Kursus OPS Tegas


Caption: BEGINI...Bajuri sedang menyampaikan ceramah mengenai Akta Imigresen kepada para peserta ketika berlangsungnya kursus baru-baru ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Khamis (30 April) – Seramai 43 anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman telah menghadiri Kursus Operasi Tegas bertempat di Wisma Persekutuan, Jalan Kejatau, Sri Aman baru-baru ini.

Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar (RELA) Joshua Ijau ketika ditemui berkata Kursus Operasi Tegas ini bertujuan menerangkan tatacara pengedalian operasi terbabit kepada para anggotanya.

“Selain itu pihak kami juga turut menerangkan tentang Akta Imigresen kepada para peserta (anggota) yang menghadiri kursus berkenaan agar mereka lebih memahami tugas masing-masing ketika menyertai Operas Tegas.

“Ceramah mengenai Akta Imigresen kepada semua 43 anggota RELA yang mengambil bahagian dalam kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Bajuri Haji Adon,” katanya.

Dalam kursus terbabit, kesemua peserta kursus menurut beliau turut diberitahu tentang disiplin serta cara memakai pakaian uniform ketika melaksanakan Operasi Tegas bersama pihak RELA dalam daerah ini.

Kata Joshua, ia bertujuan untuk menepis sebarang tanggapan negatif daripada penduduk tempatan terhadap pihak RELA ketika mereka cuba membenteras pihak Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi operasi berkenaan.

“Justeru pihak kami berharap agar semua peserta yang terlibat dapat memanfaatkan pengetahuan yang mereka perolehi menerusi kursus terbabit demi menaikkan imej serta keberkesanan fungsi RELA dikalangan penduduk dalam daerah ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment