Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2009

1,712 saman dikeluarkan untuk kesalahan tak pakai back seat safety belt di Sarawak - Hamed

SRI AMAN, Khamis (14 Mei) – Sejumlah 1,712 buah saman telah dikeluarkan berhubung kes kesalahan tidak menggunakan tali pinggang keledar tempat duduk belakang dalam kereta di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Abdul Hamed Akub berkata jumlah saman terbabit adalah merupakan statistik yang dicatatkan berlaku dari 1 Januari hingga 12 Mei tahun ini.

“Saya masih belum mempunyai nilai statistik yang tepat bagi pecahan jumlah saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ bagi setiap bahagian dalam negeri ini berhubung kesalahan terbabit.

“Bagaimanapun saya percaya saman berhubung kesalahan ini telah banyak dikeluarkan terhadap kawasan yang paling banyak mempunyai kereta di negeri ini seperti Kuching, Sibu dan Miri,” katanya.

Hamid berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai menyaksikan majlis serah tugas yang berlangsung di Bilik Ketua Pejabat JPJ Bahagian Sri Aman dalam kawasan Jalan Kejatau hari ini.

Terdahulu Mohd Sahlan Hasmi telah memangku jawatan Ketua Pejabat JPJ Bahagian Sri Aman daripipada Zolkipli Haji Kawi yang akan berpindah tugas ke JPJ Kuching berkuatkuasa mulai hari ini.

Sementara itu bagi Bahagian Sri Aman pula menurut beliau sebanyak 266 saman telah dikeluarkan terhadap pengguna kenderaan berhubung kesalahan penggunaan tali pinggang keledar bagi tempoh bulan Januari hingga April tahun ini.

14 daripada jumlah saman terbabit kata Hamed adalah merupakan kesalahan gagal memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang manakala 252 saman pula adalah berhubung kes tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk hadapan.

“Pihak kami akan meneruskan pemeriksaan terhadap semua kenderaan dari masa ke semasa demi memastikan para pengguna mematuhi undang-undang jalan raya di negeri ini,” katanya sambil menambah kesalahan gagal memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang boleh dikenakan saman bernilai RM300.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Pengurusan JPJ Sarawak, Teng Jin Kuen dan Penolong Pengarah Perlesenan Pemandu JPJ Sarawak, Nelson Braim.

Tamat.

1 comment:

  1. patutlah aku kena saman...dh ada bos br><

    ReplyDelete