Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2009

Mussen turun mengundi di Bukong, Engkilili


Caption: APA KHABAR? Mussen sedang bersalaman dengan para pengundi sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah panjang Bukong, Engkilili untuk membuang undi di situ hari ini.

ENGKILILI, Selasa (7 April) – Calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah membuang undi di pusat pembuangan undi, Rumah Renggie Ungking, Bukong, Engkilili pada jam 9.25 pagi hari ini.

Mussen, 49, dari Rumah Lamoh, Danau, tiba di pusat pembuangan undi pada jam 9.09 pagi bersama isterinya, Dorothy Slyverster Pungga, 46 dan anak perempuannya, Angelina, 22 tahun.

Beliau yang turut diiringi oleh abangnya, Ngadan anak Lamoh sempat bersalaman dengan para pengundi yang telah tiba terlebih dahulu berada di perkarangan luar kawasan rumah panjang berkenaan sebelum membuang undi di pusat pembuangan undi terbabit.

Mussen ketika ditemui pemberita sebaik sahaja membuang undinya di situ menjelaskan bahawa beliau akan mengadakan kunjungan ke beberapa buah lokasi pembuangan undi di kawasan Batang Ai.

“Bagaimanapun saya tidak dapat mendedahkan kepada anda semua ke mana lokasi pembuangan undi di kawasan Batang Ai ini yang akan saya kunjungi kelak,” katanya kepada pemberita sebelum beredar dari kawasan rumah panjang terbabit.

Terdahulu kawasan pusat pembuangan di Rumah Renggi, Bukong, Engkilili, mempunyai sejumlah 385 orang pemilih berdaftar dan kebanyakkan daripada mereka sudah mula membuang undi masing-masing sebaik sahaja pusat pembuangan undi di buka seawal jam 8 pagi.

Rata-rata para penduduk sanggup menunggu giliran masing-masing untuk membuang undi walaupun berlakunya hujan renyai sedang melanda kawasan terbabit pada waktu tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment