Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2009

Let go to Pantu from 24 - 26 April! - Pesta Ikan Tapah Pantu 2009

SRI AMAN, Selasa (14 April) – Pekan Pantu, Sri Aman bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung dari seluruh negeri ini apabila buat julungkalinya berlangsung Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 bertempat kawasan sekitar pekan berkenaan bermula dari 24 hinghga 26 April ini nanti.

Sambutan Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 di Pekan Pantu ini nanti akan dihiasi dengan tujuh buah aktiviti menarik antaranya ialah Pentas Rakyat, Pertandingan Menangkap Ikan dan Udang, Sukan Air, Sukan Rakyat, Gerai Jualan Hasil Pertanian oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu, Gerai Jualan dan Pameran Pembangunan.

“Terdapat empat acara yang akan berlangsung menerusi acara Pentas Rakyat iaitu Pertandingan Karaoke, Nyanyian Penyanyi Jemputan Terkenal Iban, Melayu dan Cina, Tarian Poco-Poco dan Pertandinagn Ratu Pesta Ikan Tapah Pantu 2009.

“Sukan Air pula akan mempertengahkan acara Menangkap Itik, Naik Tiang Licin, Tarik Tali Perahu, Pukul Bantal dan Lumba Perahu,”menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sebuah lagi acara iaitu Sukan Rakyat pula bakal mempertengahkan Pertandingan Menganyam, Mengupas Buah Kelapa, Menyumpit Belon, Larian dalam Kanvas, Senamrobik, Melukis dan Mewarna serta Melukis Logo.

“Gerai Jualan pula dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga dengan hanya perlu membayar sejumlah RM50 bagi sebuah tapak untuk selama tiga hari ketika berlangsungnya Pesta Ikan Tapah Pantu ini nanti.

“Mereka yang berminat hanya perlu menghubungi Ricklane Tony Sigan di talian 083-322072 dan borang penyertaan bagi tujuan aktiviti Gerai Jualan boleh diambil mulai 17 April ini,” katanya.

Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mulai jam 8 malam pada 25 April ini bertempat di Pentas Rakyat, Pekan Pantu.

“Acara ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti Gotong Royong Rakan Muda mulai jam 7.30 pagi pada 17 April ini di perkarangan Pekan Pantu dan ianya akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan,” katanya.

Tamat.


Disediakan oleh Suzana Nur Ain Abdullah


KENYATAAN PUBLISITI
PESTA IKAN TAPAH, PANTU 2009

Pejabat Daerah Kecil Pantu akan mengadakan Pesta Ikan Tapah, Pantu pada 24 hingga 26 April 2009 di Pekan Pantu. Pesta Ikan Tapah, Pantu adalah yang pertama kali diadakan di Pantu dan ianya akan dijadikan acara tahunan bagi Daerah Kecil Pantu.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah

1) Pentas Rakyat
· Pertandingan Karaoke
· Nyanyian Penyanyi Jemputan Terkenal Iban, Melayu Dan Cina
· Poco-Poco
· Pertandingan Ratu Pesta Ikan Tapah

2) Pertandingan Menangkap Ikan Dan Udang

3) Sukan Air
· Menangkap Itik (Lelaki Sahaja)
· Naik Tiang Licin (Lelaki Sahaja)
· Tarik Tali Perahu (Lelaki Dan Wanita)
· Pukul Bantal (Lelaki Sahaja)
· Lumba Perahu (Lelaki Dan Wanita)

4) Sukan Rakyat
· Pertandingan Menganyam
· Pertandingan Mengupas Buah Kelapa
· Pertandingan Menyumpit Belon
· Pertandingan Larian Dalam Kanvas
· Acara Senamrobik
· Pertandingan Melukis & Mewarna
· Pertandingan Melukis Logo

5) Gerai Jualan Hasil Pertanian oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Pantu

6) Gerai-Gerai Jualan dengan bayaran RM 50.00 bagi satu tapak selama 3 hari

7) Pameran Pembangunan
Pesta Ikan Tapah, Pantu akan dirasmikan oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis, ADUN N27 Simanggang Merangkap Menteri Muda Pembangunan Tanah Sarawak pada 25 April 2009 jam 8.00 malam bertempat di Pentas Rakyat, Pekan Pantu.

Seminggu sebelum Pesta Ikan Tapah, Pantu diadakan, satu aktiviti Gotong-Royong Rakan Muda bersempena dengan Pesta Ikan Tapah, Pantu akan diadakan pada 17 April 2009 jam 7.30 pagi bertempat di Perkarangan Pekan Pantu dan akan dirasmikan oleh YB Encik Snowdan Lawan, ADUN Kawasan N25 Balai Ringin. Aktiviti gotong-royong tersebut adalah anjuran Majlis Daerah Sri Aman dengan kerjasama Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke Pesta Ikan Tapah, Pantu untuk memeriahkan lagi pesta.

Bagi para peniaga yang berminat untuk menyertai gerai-gerai jualan, sila berhubung dengan Encik Ricklane Tony Sigan di talian 083-322072 dan borang penyertaan untuk gerai-gerai jualan boleh diambil mulai 17 April 2009.

Untuk penyertaan Pentas Rakyat pula, orang ramai diminta berhubung dengan Encik Abah Ugi di Pejabat Parti Rakyat Sarawak di Pekan Lachau, Pantu.

Untuk keterangan lanjut mengenai Pesta Ikan Tapah, Pantu, sila berhubung dengan

1) SAO Encik Edward Michael Duk 083-310229 (O) / 019-8780442 (HP)
2) SAO Puan Suzana Nur Ain Abdullah 083-322013 (O) / 083-323611 (O)

No comments:

Post a Comment