Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 April, 2009

Itu.......dia punya hal!! - Vicker


Mugshot: VICKER ANDREW ENTING

SRI AMAN, Rabu (1 April) – Barisan Nasional (BN) tidak akan ambil peduli tentang hal pertelagahan yang berlaku dikalangan pihak pembangkang khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai ini.

Terdahulu calon PKR untuk pilihan raya kecil ini iaitu Jawah anak Gerang dilaporkan telah bertelagah dengan Ketua PKR Lubok Antu, Nicholas Bawin Anggat berhubung jentera kempen pilihan raya parti pembangkang itu.

“Kami tidak peduli sama ada Jawah atau Bawin bertelagah sesama sendiri berhubung jentera kempen parti mereka kerana perkara itu adalah hal dalaman pihak pembangkang (PKR).

“Sesiapa pun mereka (pembangkang) di sana, kami tetap yakin bahawa BN akan dapat mempertahankan kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya kecil ini nanti ( 7 April),” menrurut Ketua Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Vicer Andrew anak Enting ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.

Kata Vicker peristiwa pertelagahan yang melibatkan dua orang ahli PKR berkenaan (Jawah dan Bawin) secara tidak langsung telah menonjolkan lagi kelemahan parti PKR terhadap penduduk di kawasan Lubok Antu khasnya di Batang Ai.

Kelemahan yang ditonjolkan menerusi peristiwa itu menurut beliau telah membuktikan bahawa pihak pembangkang hanya mengutamakan kepentingan peribadi mereka dan bukannya kepentingan penduduk.

“BN sebaliknya mengutamakan kepentingan penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Kita tidak bersikap seperti pembangkang yang hanya tahu bertelagah sesama sendiri kerana mahu mempertahankan kepentingan diri masing-masing.

“Justeru penduduk di Batang Ai terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi mampu menilai pergolakan yang sedang berlaku di dalam parti PKR itu sendiri berhubung hal pilihan raya ini,” katanya sambil menambah bahawa penduduk di kawasan Batang Ai sudah pun berpandangan ke hadapan dan bukannya berpandang ke belakang.

Vicker juga mahu penduduk di kawasan Batang Ai sedar bahawa pembangunan itu hanya datang daripada BN dan bukannnya daripada pembangkang yang sebelum ini hanya tahu menaburkan janji kosong kepada penduduk.

“Jangan mensia-siakan undi anda dengan menyokong calon pembangkang yang hanya tahu bertelagah dan mempertahankan kepentingan diri masing-masing. Akibatnya kelak akan mendatangkan kerugian terhadap rakyat itu sendiri,” katanya.

BN telah menghantar calon mereka iaitu Malcom Mussen Lamoh untuk menentang calon PKR iaitu Jawah anak Gerang, mantan Ahli Parlimen Lubok Antu, pada pilihan raya kecil kerusi DUN N.29 Batang Ai ini.


Tamat.

No comments:

Post a Comment