Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 April, 2009

Bergaduh kerana RM5 (apa daa...)

SRI AMAN, Rabu (15 April) – Gara-gara kerana mahu menuntut hutang sebanyak RM5, dua orang remaja lelaki telah dilaporkan bergaduh menerusi kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan dalam kawasan daerah Simunjan lewat petang kelmarin.

Lebih menyedihkan ialah pergaduhan yang membabitkan dua orang remaja ini telah membabitkan ayah kepada salah seorang remaja lelaki terbabit yang pada mulanya disangka mahu meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua mereka.

Utusan Sarawak yang menerima sumber daripada beberapa orang penduduk kampung itu hari ini memberitahu bahawa kejadian berlaku ketika salah seorang remaja lelaki tersebut sedang menikmati jamuan daging panggang bersama rakan-rakannya sambil menikmati minuman keras sekitar jam 4 petang kelmarin.

“Ketika remaja terbabit sedang leka menikmati daging panggang tersebut, rakan kepada remaja berusia 17 tahun berkenaan tiba-tiba muncul dan terus menagih hutang sebanyak RM5 dengan alasan mahu membeli beberapa barangan penting dari kedai berdekatan.

“Disebabkan oleh rasa malu, remaja tersebut kemudiannya dipercayai bertindak mahu memukul rakannya yang sebelum itu cuba menagih hutang terbabit daripada remaja itu sendiri,” kata sumber.

Rakan kepada remaja tersebut kemudiannya bertindak melarikan diri apabila mendapati bahawa ayah kepada remaja terbabit bertindak mengejarnya hingga ke kawasan rumah panjang yang berdekatan.

Menurut sumber, ayah kepada remaja tersebut dipercayai bertindak demikian kerana menyangka pergaduhan tersebut berpunca daripada tindakan rakan kepada anak lelakinya sendiri dan bukan kerana hal hutang.

“Rakan remaja lelaki itu bertindak menyorok di bilik datuknya dalam rumah panjang tersebut sebelum menggunakan laluan hutan untuk pulang kembali ke rumahnya.

“Bayangkan kerana hal sekecil ini orang boleh bergaduh. Kedua-dua remaja lelaki itu tidak sepatutnya bergaduh kerana hutang sebanyak RM5 kerana ianya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment