Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2009

Bank akan dibuka di LA - Awang Tengah

Caption: UNTUK ALBUM...Awang Tengah (duduk barisan tengah) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat dan penduduk sebaik sahaja tamat majlis hari ini.

LUBOK ANTU, Isnin (6 April) – Kerajaan kini sedang meneliti perancangan untuk menubuhkan institusi perbankan komersial di Pekan Lubok Antu demi membolehkan penduduk di daerah berkenaan melakukan urusan kewangan rasmi dengan lebih mudah.

Penduduk dari daerah Lubok Antu sebelum ini terpaksa pergi ke Bandar Sri Aman dan Betong sekiranya mereka mahu melaksanakan urusan kewangan masing-masing memandangkan belum terdapat sebarang institusi perbankan di pekan terbabit sehingga sekarang.

“Kerajaan Negeri sebenarnya sudah merujuk perkara berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) sebelum ini bagi tujuan tindakan lanjut.

“Hasil rujukan ini secara asasnya telah menyatakan sebuah persetujuan bahawa sebuah bank komersial perlu di buka Pekan Lubok Antu berkenaan iaitu Bank CIMB pada skala yang kecil,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Mesra Penduduk anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertempat di Rumah Simon Kiyai, Bui Panjai, Lubok Antu hari ini.

Kerajaan menurut beliau juga akan merujuk kembali perkara mengenai penubuhan cawangan bank terbabit dengan secepat yang mungkin demi membolehkan fasaliti berkenaan mereka kesenangan terhadap penduduk di daerah Lubok Antu itu.

“Kerajaan akan mengusahakan pembukaan cawangan bank terbabit secepat yang mungkin agar penduduk daerah Lubok Antu tidak perlu lagi ke Bandar Sri Aman atau Betong untuk melaksanakan urusan kewangan masing-masing,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Haji Mohd Naroden Majais, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar, para wakil rakyat BN dan pegawai tertinggi kerajaan di negeri ini.

Tengah menerusi majlis itu juga telah mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment