Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 April, 2009

Ari serah tugas kepada Shahibbul


Caption: RASMI...Ari (kanan) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Shahibbul (kiri) sambil disaksikan oleh Mat Jusoh (tengah) dan para pegawai kanan IPD Sri Aman ketika berlangsungnya majlis hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (3 April) – Inspektor Shahibbul Najib kini telah memangku jawatan Ketua Bahagian Logistik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) berkuatkuasa mulai hari ini.

Beliau telah mengambilalih jawatan Ketua Bahagian Logistik itu daripada Chief Inspektor Aridhasan Menandi menerusi majlis serah tugas yang berlangsung di bilik mesyuarat gerakan IPD Sri Aman pada jam 9 pagi hari ini.

Aridhasan yang telah memegang jawatan terbabit selama lima tahun sebelum ini akan berpindah tugas ke bahagian jenayah IPD Johor Baharu Utara dan dijangka melapor diri di situ dalam bulan ini.

Terdahulu beliau telah melapor diri bertugas di IPD Sri Aman sebagai seorang pegawai inspektor percubaan pada 17 November 2004 dan terus diberikan peranan memegang jawatan Ketua Bahagian Logistik Daerah sebelum ianya diambilalih oleh Shahibbul.

Setelah berkhidmat dengan penuh cemerlang dan berdedikasi, Aridhasan akhirnya telah dinaikkan pangkat ke Chief Inspektor pada 1 Januari tahun ini dan berpindah tugas ke IPD Johor Baharu Utara untuk berkhidmat dalam bahagian jenayah di sana.

Upacara penyerahan tugas di antara Aridhasan dan Shahibbul telah disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad, Ketua Cawangan Khas, ASP Melay Tingom, Ketua Cawangan Siasatan Jenayah, ASP Sazali Latif, para pegawai kanan dan anggota berpangkat rendah IPD Sri Aman.

Jusoh menerusi ucapannya pada majlis itu berharap agar Aridhasan dapat memberikan komitmen sepenuhnya ketika berkhidmat dalam bahagian jenayah IPD Johor Baharu Utara dalam bulan ini nanti.

“Kita berharap agar beliau (Aridhasan) dapat menggunakan pengalamannya ketika berkhidmat di IPD ini untuk memberikan yang terbaik apabila bertugas di IPD Johor Baharu Utara selepas ini,” katanya.

Tamat.








No comments:

Post a Comment