Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2009

Anwar know your status! - Jabu

LUBOK ANTU, Ahad (5 April) – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang mengingatkan Penasihat Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mula memikirkan status pengaruhnya dikalangan rakyat di kawasan Batang Ai mulai sekarang.

Menurut beliau, pemimpin De Facto parti pembangkang berkenaan sebelum ini tidak diterima oleh penghuni Rumah Panjang Pudai dan Lubok Subong ketika berkempen di Batang Ai pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai.

Malahan kata Jabu tidak sampai 10 orang penduduk berhimpun bersama-sama dengan beliau untuk menunaikan sembahyang di Masjid Lubok Antu sebelum ini yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang terbabit tidak popular di kalangan penduduk dalam kawasan Batang Ai.

“Penduduk di kawasan Batang Ai berasa benci apabila mendengar nama beliau (Anwar),” kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar mahu semua rakyat di kawasan DUN Batang Ai untuk menolak pihak pembangkang menjelang pilihan raya kecil kawasan itu kelak pada 7 April nanti.

Ini kerana pihak pembangkang menurut Jabu telah membuktikan bahawa mereka tidak sehaluan selama ini berdasarkan peristiwa pertelagahan parti berkenaan terhadap salah satu komponen parti Pakaran Rakyat iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Perak sebelumnya.

“Pihak pembangkang tidak akan dapat meneraju hidup rakyat sekiranya mereka sering bertelingkah sesama sendiri selama ini. Lagipun kita juga tidak akan memilih parti yang sebelum ini pernah mengadakan mesyuarat di bawah pokok,”katanya.

Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran bertempat di Rumah Johnson anak Tampa, Kaong Ili, Batang Ai di sini hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Sri Syed Hamid Albar.

Tamat.


No comments:

Post a Comment