Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2009

157 pegawai RELA tamat kursus di Lundu


UNTUK ALBUM...Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum anak Mina (duduk tengah) merangkap Leftenan Kolonel Kehormat Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Lundu merakamkan gambar kenang-kenangan bersama para pegawai RELA sebaik sahaja merasmikan Majlis Tamat Kursus Ketua-Ketua Platun RELA Siri 1 / 2009 bertempat di Dewan Chung Hua, Lundu, Kuching semalam. Seramai 157 pegawai RELA mengambil bahagian dalam kursus terbabit yang telah bermula di Kampung Pandan, Lundu, semenjak 6 hingga 12 April lalu. Turut kelihatan ialah pemangku Pengarah RELA Sarawak, Kolonel John Gila (kiri beliau) dan wakil Pengarah RELA Malaysia, Kolonel Raymond Graman (kanan beliau). Ranum pada majlis itu turut mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada RELA Bahagian Lundu.Foto:ZULIA HAJI JEMAT - 13 April

No comments:

Post a Comment