Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 March, 2009

Yohanes pelajar terbaik STPM 2008 SMK Simanggang


Mugshot: YOHANES MOSES

SRI AMAN, Rabu (11 Mac) – Yohanes Moses muncul sebagai pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang apabila memperoleh keputusan cemerlang menerusi peperiksaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM) tahun 2008 yang diumumkan serentak di seluruh semalam.

Yohanes, 18, anak jati kelahiran Rumah Limek Jeki, Banting Ili, Lingga, muncul sebagai pelajar terbaik sekolah terbabit apabila memperoleh keputusan 4A dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi keputusan peperiksaan STPM 2008.

“Saya tidak menyangka bahawa diri ini akan muncul sebagai pelajar terbaik di SMK Simanggang bagi keputusan peperiksaan STPM 2008 kerana memperoleh 4A menerusi PNGK 4.00.

“Ini merupakan kenangan manis dalam hidup saya. Terima kasih saya ucapkan kepada ahli keluarga, sanak saudara dan para guru SMK Simanggang yang telah memberikan dorongan kepada saya untuk memperoleh keputusan cemerlang STPM bagi tahun 2008,” katanya.

Selain itu suasana pembelajaran yang selesa di kelas dan juga kecekapan para guru ketika mengendalikan subjek mata pelajaran STPM selama ini juga kata Yohanes telah menyumbang kepada keputusan yang beliau perolehi semalam.

Malahan perlaksanaan Program Score A yang dilaksanakan oleh pihak SMK Simanggang terhadap semua calon STPM 2008 sebelum ini juga telah membolehkan beliau mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan terbabit.

“Bagaimanapun setiap pelajar mempunyai caranya yang tersendiri untuk mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang mereka tempuhi seperti STPM, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Justeru nasihat saya kepada bakal calon STPM bagi tahun ini dari SMK Simanggang ialah untuk bertindak sekarang menguruskan jadual waktu ulangkaji pelajaran masing-masing disamping melibatkan diri dalam program persediaan STPM anjuran pihak sekolah,” katanya.

Selain Yohanes, empat lagi pelajar SMK Simanggang yang memperoleh keputusan cemerlang bagi peperiksaan STPM 2008 ialah Angela Joseph Diriek (4A dengan keputusan PNGK 3.84), Nadia Lampun (3A 1B PNGK 3.83), Vivien Chong (3A 1B PNGK 3.75) dan Klaus Rengga Louis (3A 2B).

Tamat.

No comments:

Post a Comment