Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 March, 2009

Taib tolak calon pilihan masing itu cuma khabar angin - Nissom

SRI AMAN, Rabu (11 mac) - Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nissom telah menolak sekeras-keras khabar angin yang mengatakan bahawa Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengenepikan nama calon yang dikemukakan oleh PRS menerusi presidennya iaitu Dato Sri Dr James Jemut Masing sebelum ini.

Komen beliau berhubung isu khabar angin berkenaan telah disiarkan menerusi sebuah laman web popular di internet pada masa sekarang iaitu sarawakupdate.com.my pada hari ini.

Nissom ketika ditanya oleh laman web terbabit berhubung khabar angin berkenaan berkata bahawa khabar angin itu mungkin bertujuan untuk menghasut ahli PRS agar menentang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan tunjang utama komponen parti Barisan Nasional (BN) Negeri.

“Pehin Sri Taib ialah seseorang yang berpegang teguh pada prinsip. Atas sebab ini tidak mungkin beliau (Taib) akan mengganggu calon pilihan PRS melainkan jika ada sebab munasabah untuk beliau berbuat demikian,” katanya kepada laman web berkenaan.

Selain itu gabungan PRS dan PBB yang kukuh serta jitu selama ini jelas beliau mungkin membuatkan sukar bagi PKR untuk mengalahkan kedua-dua gabungan komponen parti BN terbabit lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihanraya kecil Batang Ai ini nanti.

“PRS tidak pernah tewas di Batang Ai semenjak zaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan gabungan bersama PBB menyebabkan mustahil bagi mereka (PKR) untuk menumpaskan kita,” katanya.

Beliau pada laman web berkenaan juga turut menambah bahawa hanya dengan memisahkan PRS dan PBB maka barulah pihak PKR memperoleh peluang yang cerah untuk menang pada pilihanraya kecil itu nanti

“Itulah sebabnya pihak terbabit menyebarkan khabar angin terbabit kerana PKR tahu bahawa mereka tidak mungkin akan menang terhadap gabungan kedua-dua parti tersebut (PRS dan PBB) menjelang pilihanraya kecil pada 7 April kelak,” katanya.

Wilfred Nissom menurut laman web terbabit pernah berkhidmat untuk Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud selama 12 tahun dan juga telah mengenali beliau secara peribadi semenjak dari tahun 1981 dahulu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment