Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 March, 2009

PKR sebenarnya tak dapat sambutan di Batang Ai kata Edwin Raoh

Sumber dari sarawakupdate.com.my

SRI AMAN, Khamis (5 Mac) - Gembar gembur kononnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal mendapat sambutan hangat di Batang Ai merupakan pembohongan semata-mata dakwa Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai, Edwin Raoh.

"Mereka menggunakan nama-nama besar politik Dayak untuk mengedarkan borang tetapi tiada sambutan," katanya sambil merujuk kepada bekas ahli parlimen seperti Jawah Gerang, Jimmy Donald dan Datuk Seri Daniel Tajem.

"PKR cakap tidak serupa bikin, mereka agresif mengedarkan borang tetapi kurang sambutan. Berita kononnya mereka mempunyai ramai ahli itu cakap sahaja," tambah beliau ketika dihubungi media hari ini.

Edwin berkata majoriti rakyat Sarawak yang tinggal di Lubok Antu masih bersifat parokial dan mustahil bagi mereka untuk bertuankan sebuah parti yang bukan berpusat di negeri ini.

Sementara itu dalam pilihanraya yang lepas, bakal calon yang disebut-sebut mewakili PKR, Nicholas Bawin anak Anggat juga enggan menggunakan logo PKR dan sebaliknya meminjam logo SNAP ketika bertanding.
"Dulu Bawin memperoleh banyak undi kerana Jawah Gerang yang ketika itu adalah Ahli Parlimen Lubok Antu membantunya berkempen dengan menggunakan jentera BN.

"Pilihanraya negeri dahulu bukannya Unting menentang Nicholas, tetapi Unting menentang Jawah dan Nicholas,” katanya sambil menambah bahawa Jawah sebelum itu mempunyai akses kepada projek-projek kerajaan.

Kegagalan pihak-pihak tertentu untuk menyokong Bawin sepertimana yang diarahkan oleh beliau dakwa Edwin akan menyebabkan mereka tidak mendapat projek berkenaan dan atas faktor inilah Bawin dapat banyak undi pada pilihanraya negeri terbabit.

”Namun senario kali ini cukup berbeza memandangkan Jawah sudah menjadi rakyat biasa dan tidak lagi mempunyai kuasa ke atas projek untuk meraih sokongan politik daripada penyokongnya.

"Hampir kesemua penyokong Jawah Gerang ini sudah berpaling tadah kepada William Nyalau dan ianya sudah tentu akan memberi kesan terhadap pilihanraya kecil ini kelak (7 April)," kata Edwin.
Tamat.

No comments:

Post a Comment