Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2009

SMK Simanggang peroleh kedudukan terbaik SPM 2008 di Bahagian Sri Aman


Caption: CERIA..Para pelajar SMK Saint Luke kelihatan gembira ketika ingin mengambil slip keputusan peperiksaan SPM 2008 daripada guru mereka di sekolah berkenaan hari ini.

SRI AMAN, Khamis (12 Mac) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang meneruskan keunggulannya apabila muncul sebagai sekolah menengah terbaik di Bahagian Sri Aman dari segi pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

SMK Simanggang muncul sebagai sekolah menengah yang terbaik di daerah ini menerusi pencapaian keputusan SPM 2008 setelah mencatat nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 5.69 peratus dengan jumlah kelulusan (dapat sijil) sebanyak 92.31 peratus.

Sekolah menengah itu juga sebelum ini telah berjaya menduduki tangga ke-18 daripada sejumlah 81 buah sekolah menengah di negeri ini menerusi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) bagi tahun 2008.

Sementara itu SMK Saint Luke pula muncul sebagai sekolah menengah kedua terbaik apabila berjaya mencatat nilai GPS sebanyak 5.91 peratus dengan jumlah kelulusan sebanyak 89.58 peratus bagi keputusan peperiksaan yang sama.

Kedudukan ketiga dari segi pencapaian keputusan SPM 2008 kali ini telah diperoleh oleh SMK Sri Aman yang telah mencatat nilai GPS sebanyak 6.10 peratus dengan jumlah kelulusan sebanyak 96.93 peratus.

Tempat keempat hingga keenam pula diduduki oleh SMK Lubok Antu, SMK Engkilili dan SMK Melugu apabila masing-masing mencatatkan kualiti nilai GPS 6.57, 6.61 dan 7.30 peratus.

Kesemua tiga buah sekolah menengah berkenaan juga telah mencatat jumlah kelulusan sebanyak 88.36 peratus (SMK Lubok Antu), 88.14 (SMK Engkilili) dan 91.19 peratus (SMK Melugu) bagi keputusan SPM 2008.

Secara keseluruhannya terdapat sejumlah 1,130 calon daripada enam buah sekolah menengah di Bahagian Sri Aman yang telah mendaftar bagi menduduki peperiksaan SPM bagi tahun lepas.

Dari segi pecahannya, SMK Sri Aman mempunyai bilangan calon berdaftar paling ramai untuk menduduki peperiksaan terbabit pada tahun lepas iaitu 239 orang berbanding SMK Simanggang (186), SMK Saint Luke (200), SMK Lubok Antu (148), SMK Engkilili (195) dan SMK Melugu (162).

Tamat.

1 comment: