Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 March, 2009

PKR bertemu rakyat di pekan Lubok Antu


Caption: BERARAK...Para penyokong PKR sedang menuju ke Pekan Lubok Antu untuk bertemu dengan orang ramai di sana.

SRI AMAN, Isnin ( 9 Mac) – Bahang pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai kini kian terasa apabila Parti KeAdilan Rakyat (PKR) mula melaksanakan kempen mereka di Pekan Lubok Antu hari ini.

Sumber dari Pekan Lubok Antu memberitahu Utusan Sarawak bahawa PKR telah mengadakan pertemuan dengan orang ramai di sekitar pekan kecil berkenaan sebagai salah satu kempen mereka untuk menghadapi pilihanraya kecil Batang Ai pada 29 Mac ini nanti.

Kata sumber dianggarkan sejumlah 10 orang ahli PKR di Pekan Lubok Antu telah memulakan pergerakan mereka bermula sekitar jam 9 pagi hari ini dengan berjabat tangan terhadap orang ramai yang berada di sekitar pekan terbabit.

“Kesemua ahli PKR mengadakan pertemuan dengan orang ramai di pekan berkenaan telah membawa sebuah bendera melambangkan parti pembangkang berkenaan

“Mereka (ahli PKR) yang mengadakan pertemuan dengan orang ramai di sekitar pekan Lubok Antu ini dipercayai terdiri daripada orang tempatan dan orang dari kawasan luar daerah ini,” katanya.

Sumber turut memberitahu bahawa tindakan ini dipercayai sebagai satu langkah awal mereka untuk mem’promosi’kan parti berkenaan demi meraih sokongan politik daripada orang ramai yang berada di pekan terbabit.

Sehingga berita ini ditulis sumber dari Gerai Tatai Kenyalang di pekan terbabit juga memberitahu bahawa jumlah kedatangan ahli PKR kian bertambah di pekan berkenaan kerana ingin menyambut kedatangan Pengerusi PKR iaitu Dominic Ng pada hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP George Merejok ketika dihubungi hari ini memberitahu bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan sekiranya berlaku aktiviti perarakan yang diadakan oleh pihak PKR di pekan Lubok Antu pada waktu pagi hari ini.

Tamat

No comments:

Post a Comment