Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 March, 2009

Tiada komen - Naga


Mugshot: NELSON NAGA ALAM

SRI AMAN, Khamis (5 Mac) – Kenyataan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Rata Nissom yang membayangkan Naga Alam sebagai calon Barisan Nasional untuk bertanding bagi pilihanraya kecil Batang Ai pada 29 Mac ini sememangnya menghangatkan lagi spekulasi pemilihan calon bagi kerusi DUN berkenaan hari ini.

Ternyata telefon bimbit penulis dihujani banyak panggilan daripada rakan kenalan penulis yang ingin mengetahui sama ada bekas setiausaha sulit kepada mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot ini kelak akan menjadi calon PRS untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada tarikh yang telah dinyatakan.

“Benarkan calon itu nanti adalah Naga Alam? Sekiranya benar pihak parti harus memberikan peluang kepada beliau berdasarkan sumbangan ketika berkhidmat dengan mendiang Datuk Dublin sebelum ini,” kata seorang penduduk dari kawasan Batang Ai yang tidak mahu namanya didedahkan di sini.

Menurut penduduk berkenaan, Naga sepatutnya dipilih sebagai calon kerana beliau berpengalaman luas ketika mengikuti mendiang Dublin melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Batang Ai semenjak 16 tahun yang lalu.

Dengan kata lain menurut penduduk berkenaan beliau (Naga) telah dikenali oleh semua penduduk di kawasan DUN Batang Ai dan dianggap layak menjadi calon pihak BN untuk bertanding menjelang pilihanraya kecil ini nanti.

Yang pastinya sekarang ialah spelukasi pemilihan calon BN bagi kerusi berkenaan kembali hangat di Batang Ai, Lubok Antu dan juga di Sri Aman setelah Nissom menyatakan bayangan berhubung pencalonan Naga di akhbar Utusan Sarawak pada hari ini.

Sementara itu Naga Alam ketika dihubungi oleh penulis pada hari ini enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan ‘bayangan’ yang telah dikeluarkan oleh Nissom di akhbar pada hari ini.

“Maaf saya tidak mahu menghangatkan lagi spekulasi mengenai pemilihan calon BN untuk kerusi DUN itu pada masa sekarang...tiada sebarang komen yang boleh saya berikan berhubung soalan anda ini..maafkan saya,” katanya.

Terdahulu, spekulasi pemilihan calon BN untuk bertanding di Batang Ai sampai ke kemuncaknya apabila penyandang kerusi DUN berkenaan iaitu mendiang Datuk Dublin Unting anak Ingkot menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Normah pada 24 Februari akibat serangan angin ahmar dan kompilasi buah pinggang.

Sebagai persiapan untuk menghadapi untuk pilihanraya kecil Batang Ai, Presiden PRS, Dato Sri Dr James Jemut Masing telah pun menyerahkan nama calon kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam.

Tamat.


No comments:

Post a Comment