Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2009

Kursus Kepimpinan Asas Belia Berpersatuan dan belum berpersatuan di Hoover 16 hingga 20 Mac

SRI AMAN, Isnin (16 Mac) – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Untuk Belia Berpersatuan dan Untuk Belia Yang Belum Berpersatuan bertempat di Hotel Hoover Sri Aman bermula 16 hingga 20 Mac ini.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Shyennier Jean Serit ketika dihubungi berkata pihaknya menyasarkan penyertaan di antara 80 hingga 90 orang belia ketika berlangsungnya kedua-dua kursus itu nanti.

“Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Untuk Belia Berpersatuan akan bermula pada 16 hingga 18 Mac ini manakala Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Untuk Belia Yang Belum Berpersatuan pula akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mac.

“Objektif utama bagi kedua-dua kursus ini ialah untuk menarik golongan belia dari sekitar Bahagian Sri Aman agar lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan di kawasan ini,” katanya.

Penglibatan secara aktif oleh para belia ini menurut beliau juga membolehkan mereka mampu untuk memimpin sesebuah persatuan belia disamping mengendalikan tugas kepimpinan dan persatuan belia dengan lebih baik serta berkesan.

Bagaimanapun bagi peserta untuk kursus kepimpinan asas yang belum berpersatuan kata Shyennier akan dididik tentang cara menubuhkan sesebuah persatuan belia dan juga akan diajar untuk mempelajari fungsi serta peranan persatuan belia terbabit.

“Paling penting di sini ialah kedua-dua kursus ini kelak akan berupaya untuk menarik minat para belia dari seluruh Bahagian Sri Aman bagi menyertai aktiviti persatuan belia di masa akan datang,” katanya.

Antara aktiviti yang bakal adalah ceramah pembangunan dalam persatuan, bengkel organisasi, bengkel komunikasi asas, latihan berkumpulan berkonsepkan kepimpinan dan ceramah kepimpinan dan organisasi belia yang bakal disampaikan oleh wakil SABERKAS Sarawak serta Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Kuching.

Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Untuk Belia Berpersatuan akan dimulakan dengan sesi ‘Ice Breaking’ bermula jam 9 hingga 11 malam ini bertempat di Hotel Hoover berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment