Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 March, 2009

KOBERA bantu peningkatan taraf ekonomi penduduk - Snowdan


Mugshot: SNOWDAN DONALD LAWAN

SRI AMAN, Sabtu (14 Mac) – Kerajaan telah memberi peluang kepada penduduk untuk mempertingkatkan taraf ekonomi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri ini dengan menubuhkan Koperasi Bela Rakyat atau lebih dikenali sebagai KOBERA.

Penubuhan KOBERA di setiap kawasan DUN menurut beliau secara tidak langsung membolehkan penduduk menyampaikan pelbagai idea atau cadangan untuk mempertingkatkan lagi kegiatan ekonomi di kawasan masing-masing.

“Lagipun kerajaan telah pun memperuntukkan sejumlah RM30,000 untuk membolehkan penduduk menubuhkan KOBERA dan seterusnya melaksanakan aktiviti mereka di setiap kawasan DUN masing-masing.

“Dengan adannya penubuhan KOBERA ini, kerajaan berharap agar penduduk dapat memanfaatkannya sebaik yang mungkin demi mempertingkatkan lagi taraf ekonomi penduduk khususnya dari kawasan luar bandar dalam negeri ini,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang 2009 anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman bertempat di Rumah Itat, Rapak Tepus, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan para penduduk di kawasan DUN Balai Ringin untuk lebih aktif melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dari masa ke semasa.

Kata Snowdan penglibatan para penduduk khususnya para tuai rumah dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam program kerajaan itu sangat penting agar mereka tidak ketinggalan berbanding penduduk dari lain-lain kawasan dalam negri ini.

“Penglibatan penduduk dalam program ini (Bicara Gemilang) misalannya memberi peluang kepada tuai rumah dan ahli JKKK untuk mengetahui pelbagai dasar pembangunan kerajaan pada masa sekarang.

“Hanya menerusi program sebegini barulah kerajaan dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan terhadap penduduk di kawasan luar bandar tanpa sebarang halangan dari masa ke semasa,” katanya.

Snowdan menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada biro wanita rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Pengarah Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Charles Sigat Ason, Pegawai Daerah Kecil Pantu, SAO Edward Michael Duk, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, para pegawai kerajaan dan para ketua kaum dari sekitar daerah kecil terbabit.

Tamat.


No comments:

Post a Comment