Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 March, 2009

Karnival Generasi Bebas Jenayah berlangsung di Mini Stadium Sri Aman hari ini


Caption: INGIN TAHU...Beberapa orang pengunjung sedang melihat barangan pameran dan kaunter Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman ketika berlangsungnya program karnival di Mini Stadium Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (14 Mac) – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) hari ini.

Jurucakap dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini memberitahu bahawa program karnival ini adalah merupakan usaha kerjasama daripada pihak SABERKAS Sri Aman dan Sekratariat Rakan Muda Sri Aman.

“Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sri Aman yang bermula seawal jam 9 pagi hari ini bertujuan untuk menyedarkan para belia akan betapa pentingnya mengelakkan diri daripada terjebak dalam kegiatan jenayah di negeri ini.

“Ini penting agar golongan generasi muda kita khususnya para belia dapat membantu mewujudkan golongan modal insan berkualiti untuk meneraju pembangunan negara di masa akan datang, “ katanya.

Demi memeriahkan lagi suasana Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sri Aman ini, pihaknya menurut beliau telah mengadakan pelbagai acara menarik.

Acara ini kata beliau termasuklah pameran berkaitan kes jenayah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, senamrobik, gusti lengan, sukaneka dan aktiviti gerai jualan makanan dan minuman di kawasan perkarangan luar Mini Stadium MDSA.

“Kedatangan Ekspidisi Konvoi Karnival Generasi Bebas Jenayah dari Kuching menjelang jam 3.30 petang hari ini adalah merupakan acara kemuncak bagi program karnival ini

“Bagaimanapun diharap agar Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sri Aman dapat membendung pembabitan belia dalam pelbagai kegiatan jenayah di masa akan datang,” katanya.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji telah mewakili Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis untuk merasmikan Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sri Aman hari ini.

Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Peringkat Bahagian Sri Aman ini telah menarik kedatangan lebih 300 penduduk dari sekitar bandar Sri Aman bermula jam 9 pagi hingga 3.30 petang hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment