Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 March, 2009

Jangan mudah terpengaruh dengan isu tanah - Nyalau


Caption: MANFAATKAN…Nyalau (kiri) menyampaikan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar kepada Tr Lepang Gerang (kanan), Sayat, sebanyak RM20,000 sambil disaksikan oleh Mujah dan Geoffery ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.

LUBOK ANTU, Rabu (4 Mac) – Isu tanah sering dijadikan oleh pihak pembangkang sebagai propaganda utama mereka untuk meraih sokongan politik daripada penduduk di daerah ini kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Menerusi isu terbabit katanya kerajaan pimpinan komponen parti Barisan Nasional (BN) didakwa telah merampas Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk di sini oleh pihak pembangkang demi kepentingan politik mereka sendiri.

“Dakwaan terbabit tidak benar dan ianya merupakan satu propaganda oleh pihak pembangkang di sini (Lubok Antu) yang mahu agar penduduk tempatan membenci pihak kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang di Rumah Panjang Kelly, Kumpang Langgir, Lubok Antu anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) N29 Lubok Antu, baru-baru ini.

Penggunaan tanah NCR milik penduduk oleh kerajaan kata Nyalau telah dibuat berlandaskan undang-undang yang sah di negeri ini dan bukannya bertindak merampas tanah mereka secara sesuka hati sepertimana yang telah didakwa oleh pihak terbabit sebelumnya.

Tanah yang telah diambilalih oleh kerajaan ini jelas beliau akan digunakkan untuk tujuan projek pembangunan yang pada suatu hari kelak akan menguntungkan penduduk di dalam daerah Lubok Antu itu sendiri.

“Lagipun kerajaan juga telah membayar jumlah wang pampasan yang sewajarnya kepada mana-mana pemilik tanah NCR yang telah digunakan oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan.

“Justeru penduduk yang bijak sepatutnya sedar bahawa propaganda oleh pihak pembangkang mengenai isu terbabit selama ini adalah tidak benar dan hanya bermotifkan politik,” katanya lalu mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada JKKK rumah panjang berkenaan dan RM5,000 kepada biro wanita mereka.

Hadir sama dalam majlis itu Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah anak Girie, Pegawai Penyelaras JASA bagi kawasan Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi dan Penyelaras Parlimen JASA Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba.

Tamat…..







No comments:

Post a Comment