Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2009

Jangan bawa budaya PKR ke sini kata Jabu




Caption:

1.TAHNIAH...Kanselor Wan Ensam (kanan) sedang menandatangi surat perlantikkan jawatan ahli majlis dihadapan Datuk Patinggi Jabu (kiri) sambil diiringi Lolita (tengah) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

2.UNTUK ALBUM...Jabu (duduk ketiga dari kanan) bersama dengan (dari kiri sekali) Shamshuddin, Rayong, Mujah, Nyalau dan Lawson Chuat sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama ahli majlis MDLA di Dewan Serbaguna Lubok Antu hari ini.

LUBOK ANTU, Selasa (10 Mac) – ‘Gaya dan kebudayaan’ Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dari Semenanjung Malaysia tidak seharusnya di bawa masuk ke negeri ini khususnya di kawasan Batang Ai dalam menghadapi pilihanraya kecil Batang Ai pada 7 April ini nanti.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung Malaysia itu sememangnya tidak serasi serta tidak arif terhadap adat penduduk kaum Iban yang menetap di kawasan Lubok Antu selama ini.

Kata-kata beliau ini merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada tahun lepas apabila salah seorang daripada ahli rombongan PKR yang cuba membuka cawangan parti di Rumah Entirong, Tutong meninggal dunia setelah mereka gagal mengamalkan adat resam orang Iban di rumah terbabit.

“Ini membuktikan bahawa mereka (PKR) memandang rendah tentang adat resam kaum Iban di sini sehingga menyebabkan salah seorang daripada ahli mereka meninggal dunia ketika cuba hendak membuka cawangan parti di sini (Tutong),” katanya.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemudahan Infrastruktur berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Lubok Antu bertempat di Dewan Serbaguna Lubok Antu di sini hari ini.

Beliau menerusi ucapannya juga melahirkan rasa kesal berhubung tindakan segelintir orang Iban yang telah bertanggungjawab membawa masuk ‘gaya dan kebudayaan’ ke kawasan Batang Ai, Lubok Antu sebelum ini.

“Pihak itu sendiri seharusnya sudah tahu bahawa tindakan melanggar adat resam kaum mereka sendiri sememangnya boleh mengundang padah lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli parti pembangkang yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia.

“Adalah lebih baik sekiranya pihak terbabit sama-sama membantu BN memelihara keutuhan adat resam kaum di negeri ini,” katanya sambil mengumumkan bahawa kerajaan bakal menyampaikan

Selain itu Jabu juga mahu semua komponen parti BN di Batang Ai termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) berganding bahu untuk memastikan kemenangan BN di Batang Ai menjelang pilihanraya kecil ini nanti.

“Menjelang 18 Mac ini kerajaan yang diwakili oleh saya juga bakal menyampaikan rebat kepada semua pemohon berkelayakan dari kawasan Lubok Antu yang memiliki enjin sangkut sebelum ini.

“Pemilik enjin sangkut 10 kuasa kuda kebawah akan menerima rebat bernilai RM350 manakala pemilik enjin sangkut 20 kuasa kuda ke bawah dan 20 kuasa kuda ke atas pula akan menerima rebat bernilai RM500 dan RM750,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Walikota Sri Aman, Piau Inggot, Setiausaha MDLA, Lolita Jaimie Nicholas, para wakil kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Sejumlah 25 orang ahli majlis MDLA yang terdiri daripada 9 kanselor PRS, 6 kanselor PBB, 6 kanselor SUPP dan 4 kanselor SPDP mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MDLA untuk penggal seterusnya di hadapan Datuk Patinggi Jabu di penghujung majlis berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment