Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 March, 2009

Islam agama universal kata Simoi




Caption:
1.TERTARIK...Hajah Simoi bersama dif kehormat yang lain sedang khusyuk menyaksikan persembahan nasyid ketika berlangsungnya program berkenaan di Dewan Serbaguna Kampung Hilir, Sri Aman tadi.

2.BERTENAGA...Sebuah kumpulan nasyid sedang mendendangkan nyanyian demi memeriahkan lagi suasana sambutan program berkenaan di Dewan Serbaguna Kampung Hilir malam tadi.

SRI AMAN, Jumaat (6 Mac ) – Islam adalah merupakan sebuah agama universal yang menekankan keseimbangan di antara tuntutan dunia dan akhirat kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Oleh yang demikian beliau menuntut semua umat Islam di daerah ini untuk mencari keperluan dunia sebagai jalan bagi mencari kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia akhirat.

“Lagipun era globalisasi pada masa kini menuntut setiap umat untuk melengkapkan diri masing-masing dengan keperluan dunia yang mencakupi aspek kekuatan ilmu, iman dan akal.

“Ketiga-tiga aspek ini amat penting agar umat Islam sentiasa bersedia dan mampu menangani cabaran yang datang dari era globalisasi secara bijak dengan berpaksikan aspek tersebut,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ceramah Motivasi bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1430 H / 2009 M anjuran beliau sendiri dengan kerjasama Surau Kebahagian Kampung Hilir bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Hilir malam tadi.

Selain itu katanya usaha terbabit secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dan persaudaraan ummah yang terjalin di kalangan umat Islam dalam daerah ini.

Dengan adanya perpaduan dan persaudaraan ummah ini kata Simoi, mereka sekaligus dapat menyumbang kepada kejayaan tamadun Islam dan juga ke arah kestabilan politik dalam negeri ini.

“Paling penting sekarang ialah semua umat Islam harus berhenti bersengketa dan menuding jari di antara satu sama yang lain kerana ianya boleh menjurus ke arah perpecahan ummah dan seterusnya merugikan diri kita sendiri,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman, Ustaz Haji Ramzen bin Ambi, Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuching, Ustaz Shamshul Anwar, Pengetua SMK Padungan merangkap pakar motivasi program, Dr Shafie Lugom, wakil Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Sarkawi dan para ketua kaum dalam daerah ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment