Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2009

Generasi muda perlu bina jati diri dan profesional nasihat Harden




Caption:

1.SIMBOLIK...Harden sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Shamshuddin (kanan beliau) dan Syennier (kiri sekali) menerusi program yang berlangsung di Kampung Sabu, semalam.

2.UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) sambil diapit oleh Shamshudin (kiri) dan Syennier (kanan) sedang bergambar kenangan bersama para peserta ketika berlangsungnya program terbabit semalam.

SRI AMAN, Isnin (2 Mac) – Golongan generasi muda perlu bersungguh-sungguh untuk membina jati diri, memantapkan patriotisme dan meningkatkan mutu profesionalisme dalam diri masing-masing kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau ketiga-tiga aspek ini adalah amat penting ke arah usaha menjadikan golongan belia sebagai teras pembangunan negara yang secara tidak langsung menjadi penentu masa hadapan Malaysia amnya dan negeri Sarawak khasnya.

“Ada perpatah menyebut bahawa jika sebuah negara itu ingin maju maka bangunkanlah belianya kerana mereka ini kelak akan meneraju kepimpinan dan jentera pembangunan negara pada masa akan datang.

“Negara tidak akan membangun sekiranya golongan belia pada waktu sekarang tidak menekankan ketiga-tiga aspek ini ke arah usaha membentuk diri masing-masing sebagai golongan modal insan berkualiti minda kelas pertama menjelang Wawasan 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Majlis Penutupan Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Sri Aman 2009 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di Balai Raya Kampung Sabu, Sri Aman kelmarin.

Kerajaan Negeri kata Harden sentiasa prihatin dalam usaha untuk memupuk dan membantu para belia negeri Sarawak bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan masing-masing.

“Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, pihak kerajaan berharap agar pihak persatuan belia di negeri ini sentiasa berusaha untuk menambah serta mendapatkan dana menerusi usaha masing-masing,” katanya.

Justeru menerusi hal ini beliau menyeru semua sektor dan agensi kerajaan atau swasta supaya berganding bahu untuk menggembleng tenaga dalam membantu setiap aktiviti belia di negeri ini.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Syennier Jean Serit dan Tuai Rumah Ellie anak Cherming.

Beliau menerusi majlis berkenaan kemudiannya menyempurnakan majlis penyerahan anak-anak angkat dan penyampaian sijil kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam program terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment