Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2009

Diana Lim - Pelajar SPM 2008 terbaik di Sri Aman


Caption: KAMI BERJAYA...Penolong Kanan 1 SMK Simanggang, Engkamat Slapok (dua dari kanan) bersama kakitangan guru sekolah berkenaan bergambar kenangan bersama para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan baik bagi SPM 2008 di sini hari ini.

SRI AMAN, Khamis (12 Mac) – Seramai 16 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang memperoleh jumlah gred 5A ke atas menerusi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 yang diumumkan hari ini.

Mendahului senarai nama pelajar terbabit ialah Diana Lim yang memperoleh keputusan 12A sambil diikuti oleh Teo Yein Chin dan Wong Xiao Ji yang masing-masing mendapat keputusan 11A 1B menerusi peperiksaan terbabit.

Marina Undau dan Mohamed Ismail Ahmad pula telah berjaya memperoleh keputusan gred 9A 1B manakala Mohd Irfan dan Norsyasikal Jamain pula masing-masing mendapat keputusan 8A 2B.

Dua orang pelajar SMK Simanggang yang memperoleh gred 7A 3B ialah Mohd Abib Dollah dan Nurfaezah Delie.

Sharon Woon, Siti Marsita John American, Noraisyah Abu Bakar, Nur Izzati Zalahuddin, Sia Wie Lin, Siti Hasmah Ismail dan Tan Gek Ting pula masing-masing memperoleh keputusan gred 6A 5B, 6A 4B 1C, 5A 5B, 5A 3B 1C, 5A 6B, 5A 3B 2C dan 5A 5B 1C.

Sementara itu seramai lima orang pelajar SMK Saint Luke telah berjaya mendapat keputusan SPM 2008 dengan pencapaian gred 7A ke atas iaitu Daphne Dindu Jamal, Nadea Selimin, Wong Sie Hui, Lau Nge Soon dan Ling Hui Chize.

Daphne muncul sebagai pelajar terbaik di sekolah berkenaan yang telah mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008 apabila berjaya memperoleh gred 10A.

Kecemerlangan Daphne ini diikuti oleh Nadea Selimin yang berjaya memperoleh gred 9A 1B, Wong Sie Hui (9A 2B), Lau Nge Soon ( 7A 2B 1C) dan Ling Hui Chize (7A 2B 2C).

Di SMK Sri Aman, Chong Pei Pei telah muncul sebagai pelajar terbaik sekolah berkenaan setelah berjaya memperoleh gred 8A 3B bagi keputusan peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan beliau turut diikuti oleh Cynthia Jacqualine Nanang, Joceyln Tumun Johnny dan Sim Siew Joo yang masing-masing memperoleh gred 6A 3B 2C, 6A 4B 1C dan 6A 4B 1C.

Selebihnya lima orang pelajar SMK Sri Aman yang berjaya mencatat keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan SPM 2008 ialah Shirence Kiroh, Nur Azfizatul Azna Kandir, Nurullyana Mohd Jumji, Josh Steward dan Jennifer Ricky.

Kesemua lima orang pelajar SMK Sri Aman ini masing-masing telah memperoleh gred 5A 2C 1B, 5A 3B 2C, 5A 2B 2C, 5A 2B 1C dan 5A 2B.

Tamat.


No comments:

Post a Comment