Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2009

4 acara menarik ketika karnival cegah jenayah di mini stadium sri aman Sabtu lalu


Caption: TAHNIAH...Shamshuddin (tengah) sedang menyampaikan hadiah kepada Noraini (kanan) sambil disaksikan oleh Shyennier (kiri) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Isnin (16 Mac) – Program Karnival Generasi Bebas Jenayah Bahagian Sri Aman anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah dimeriahkan dengan empat buah acara menarik yang berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman baru-baru ini.

Program terbabit yang juga merupakan anjuran bersama Sekretariat Rakan Muda Bahagian Sri Aman telah mempertengahkan acara Gusti Lengan, Sukan Rakyat, Sorong Tarik Tali dan Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak.

Acara Gusti Lengan Kategori Lelaki Terbuka menyaksikan Arfan Mohamad Hajini muncul juara kategori terbabit manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Abdul Rahman dan Hamali Abu Kawi.

Kategori perempuan untuk pertandingan terbabit menyaksikan Kartina Abdullah muncul juara sambil diikuti oleh Sharifah Haluyah Wan Oya dan Noraini Abu Bakar yang menduduki tempat kedua dan ketiga dalam kategori itu.

Mohd Hafizan dan Bittany Dubah Sim pula masing-masing muncul juara untuk Kategori Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan 12 Tahun Ke-Atas.

Sementara itu Pertandingan Sukan Rakyat telah menyaksikan ABBSA Team muncul juara manakala kedudukan naib juara dan tempat ketiga pula disandang oleh Liang Lahad serta Black Girl.

Pasukan ABBSA Team sekali lagi muncul juara untuk Pertandingan Sorong Tarik Tali setelah berjaya menewaskan pasukan Orang Kuat Sri Aman dan Liang Lahad yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan berkenaan.

Pertandingan Mewarna untuk Kategori Lima Tahun pula dimenangi oleh Nur Syaza Liyana manakala Nur Mirfana Hanny muncul juara bagi kategori enam tahun pertandingan berkenaan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji sambil disaksikan oleh Penolong Pengarah Perpaduan Bahagian Pembangunan Belia, Mazlan Anis, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Shyennier Jean Serit dan para pegawai kerajaan di sekitar bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment