Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2009

Tiga aspek penting menerusi kegiatan sukan - Snowdan


Caption: MENARIK...Snowdan (tengah) bersama Leong (kanan) dan Jambu (kiri) sedang menyaksikan acara kejohanan yang berlangsung di sekolah terbabit baru-baru ini.

BALAI RINGIN, Selasa (10 Feb) – Pencapaian seimbang anak-anak dari segi bidang akademik, kokurikulum dan sukan secara tidak langsung boleh membentuk golongan modal insan berkualiti di negara ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

Justeru mentaliti ibubapa katanya perlu berubah sekiranya mahu anak masing-masing termasuk dalam golongan modal insan berkualiti di negara ini menerusi pencapaian yang seimbang dari segi ketiga-tiga aspek ini.

“Kerajaan mahu ibubapa untuk menyerap ketiga-tiga bidang ini secara seimbang dalam diri anak-anak mereka kerana ianya sekaligus dapat menyumbang kepada pembentukkan golongan modal insan yang sempurna di negara ini.

“Atas sebab ini juga saya tidak mahu melihat ibubapa hanya mengalakkan anak-anak untuk menitikberatkan salah satu daripada tiga buah bidang terbabit,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Ke-34 Antara Rumah-Rumah Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian bertempat di padang sekolah berkenaan baru-baru ini.

Selain itu katanya kerajaan juga menyasarkan tiga aspek utama iaitu ektnik kaum, agama dan budaya yang boleh dicapai melalui sesebuah aktiviti kesukanan bagi menyumbang kepada tahap pembangunan negara.

Ketiga-tiga aspek ini kata Snowdan amat penting untuk diserapkan dalam diri seseorang atlit sukan terbabit memandangkan ianya suatu hari kelak bakal tergolong dalam kumpulan modal insan berkualiti untuk mengambilalih teraju pembangunan negara.

“Atas sebab ini adalah amat penting bagi semua pihak termasuk ibubapa dan guru untuk menjayakan sesebuah aktiviti kesukanan yang mencakupi aspek ektnik kaum, agama dan budaya di sekolah masing-masing.

“Kesemuanya ini mestilah dimulakan dari peringkat akar umbi lagi dalam diri kalangan pelajar ke arah memastikan matlamat pembangunan negara ini tercapai menjelang tahun 2020 kelak,” kata beliau yang seterusnya mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada pihak Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah terbabit.

Hadir sama pada majlis perasmian kejohanan ini ialah Penolong Kanan I, SMK Balai Ringin, Leong Ming Meng dan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit iaitu Jambu Ganing.

Pasukan Rumah Tekukur muncul juara keseluruhan kejohanan sukan terbabit setelah berjaya mengumpul 280 mata manakala pasukan Rumah Nuri dan Kenyalang pula menduduki kedudukan naib juara dan ketiga menerusi mata 276 serta 265 mata.







No comments:

Post a Comment