Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2009

Tekukur juara Kejohanan Olahraga Antara Rumah-Rumah SMK Balai Ringin Ke-34

Pasukan Rumah Tekukur muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Sekolah Ke-34 Antara Rumah-Rumah Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian yang diadakan di padang sekolah berkenaan baru-baru ini.
Pasukan Rumah Tekukur muncul juara setelah mengumpul sejumlah 280 mata hasil menerusi acara 100m, 200m, 400m, 800m, 4 X 200m, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, merejam lembing, melontar peluru dan melempar cakera bagi kategori lelaki dan perempuan.

Kedudukan naib juara keseluruhan bagi kejohanan ini pula dimenangi oleh pasukan Rumah Nuri setelah mengumpul 276 mata manakala pemenang tempat ketiga iaitu Rumah Kenyalang memperoleh 265 mata.

Tiga buah pasukan yang turut berentap dalam kejohanan iaitu Rumah Helang, Camar dan Punai pula masing-masing menduduki tangga ketiga hingga keenam setelah memperoleh 197, 188 dan 126 mata.

Kemenangan pasukan Tekukur menerusi kejohanan olahraga kali ini secara tidak langsung telah menamatkan penguasaan pasukan Rumah Helang yang telah ternyata menguasai carta juara keseluruhan kejohanan terbabit selama dua tahun berturut sebelum ini.

Walaupun gagal menguasai juara keseluruhan namun pasukan Tekukur telah berjaya muncul juara bagi Kategori Lelaki Kejohanan Olahraga Sekolah Ke-34 Antara Rumah-Rumah Sukan SMK Balai Ringin.

Malahan pasukan terbabit juga muncul sebagai juara Kategori Perempuan C, Kategori Lelaki A dan B bagi Kejohanan Olahraga Sekolah Ke-34 Antara Rumah-Rumah Sukan SMK Balai Ringin.

Kejohanan Olahraga Sekolah Ke-34 Antara Rumah-Rumah Sukan SMK Balai Ringin juga menyaksikan Calvia Ian Laga dinobatkan sebagai olahragawan kejohanan terbabit setelah berjaya mengumpul empat pingat Emas bagi acara melempar cakera, melontar peluru, merejam lembing dan 4 X 200 m.

Manakala Senolia Ashley ak Selestin Jugah pula dinobatkan sebagai olahragawati bagi kejohanan terbabit setelah berjaya mengumpul tiga pingat Emas bagi acara 100 m, 200 m dan 2 X 200 m serta satu pingat Perak untuk acara lompat jauh.

Kejohanan Olahraga Sekolah Ke-34 Antara Rumah-Rumah Sukan SMK Balai Ringin, Serian ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.
Tamat - 10 Februari





No comments:

Post a Comment