Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2009

SUPP Simanggang hulur bantuan


Caption: PRIHATIN…Harden (tengah) sedang menyampaikan bantuan kepada wakil keluarga mangsa iaitu Tr Gendi (kiri beliau) sambil disaksikan Cr Jimmy Chong (kiri sekali) ketika meninjau tapak kebakaran rumah panjang Sungai Semilang baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin ( 9 Feb) – Nasib malang yang menimpa 16 buah keluarga mangsa kebakaran dari Rumah Gendi anak Ranti, Sungai Semilang, Tanjung Bijat di sini terus mendapat perhatian pelbagai pihak apabila Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka baru-baru ini.

Parti SUPP cawangan Simanggang telah menyampaikan bantuan sumbangan wang tunai bernilai RM1,000 dan barangan makanan seperti telur ayam, beras, gula, biskut, tepung gandum dan banyak lagi.

Bantuan berupa wang dan makanan kepada mangsa kebakaran ini telah disampaikan oleh pengerusi cawangan parti terbabit iaitu Datuk Francis Harden anak Hollis kepada wakil keluarga mangsa iaitu Tr Gendi anak Ranti menerusi majlis yang berlangsung di hadapan Gereja Saint John, Sungai Semilang.

Beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berharap agar keluarga mangsa kebakaran terbabit agar sentiasa bersabar memandangkan terdapat pihak yang sentiasa tampil untuk membantu mengurangkan beban mereka.

“Kerajaan dan lain-lain pertubuhan di daerah Sri Aman akan sentiasa tampil membantu mengurangkan bebanan hidup mereka sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan keperluan asas,” katanya.

Selain itu Harden juga menasihatkan semua penduduk di kawasan rumah panjang untuk sentiasa berjaga-jaga ketika menggunakan sumber elektronik atau bahan api yang lain bagi tujuan keperluan harian.

Para penghuni rumah panjang kata beliau harus tahu langkah penggunaan sumber bekalan elektrik yang betul disamping memeriksa tahap keselamatan penyambungan litar arus elektrik di kediaman masing-masing dari masa ke semasa.

Terdahulu Harden sambil diiringi Setiausaha Parti SUPP Simanggang, Kanselor Jimmy Chong, Naib Pengerusi SUPP cawangan Engkilili iaitu Lau Eng dan tuai rumah telah meninjau keadaan tapak kejadian kebakaran terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment