Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2009

Simoi nasihat mangsa kebakaran rumah Gendi Ranti agar bersabar


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI

SRI AMAN, Rabu (4 Feb ) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga menasihatkan semua mangsa kebakaran dari Rumah Gendi anak Ranti, Sungai Semilang, kawasan Tanjung Bijat, dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman untuk bersabar apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api semalam.

Terdahulu 122 orang penghuni dari Rumah Gendi anak Ranti, Sungai Semilang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api dalam kejadian yang bermula pada 1.40 petang kelmarin.

“Saya berasa terkilan apabila mendengar berita bahawa rumah panjang Sungai Semilang musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang bermula pada jam 1.40 petang kelmarin.

“Setelah saya selesai menyelesaikan tugasan rasmi kelak, saya akan turun padang ke tapak kejadian itu pada hari Sabtu ini untuk mencari ikhtiar bagi membantu kesemua 122 orang penghuni yang ditimpa kejadian malang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan keluarga mangsa kebakaran di rumah panjang Sungai Semilang agar sentiasa bersabar memandangkan terdapat pihak yang sentiasa tampil untuk membantu mengurangkan beban mereka.

“Kerajaan dan lain-lain pertubuhan di daerah Sri Aman akan sentiasa tampil membantu mengurangkan bebanan hidup mereka...anggaplah kejadian ini sebagai satu ujian kesabaran daripada Tuhan,” katanya.

Selain itu Simoi juga menasihatkan semua penduduk di kawasan rumah panjang untuk sentiasa berjaga-jaga ketika menggunakan sumber elektronik atau bahan api yang lain bagi tujuan keperluan harian.

Para penghuni rumah panjang kata beliau harus tahu langkah penggunaan sumber bekalan elektrik yang betul disamping memeriksa tahap keselamatan penyambungan litar arus elektrik di kediaman masing-masing dari masa ke semasa.

“Jangan pandang remeh terhadap langkah penggunaan sumber elektrik yang selamat di rumah panjang-panjang masing kerana selain daripada bahan api berminyak, sumber elektrik juga boleh menjadi punca sebab kebakaran jika mereka gagal menggunakannya dengan baik,”katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment