Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2009

Seorang remaja lelaki nyaris kemalangan di laluan Jalan Hospital

SRI AMAN, Rabu (11 Feb) – Seorang remaja lelaki nyaris mengalami kemalangan serius apabila motorsikal yang ditunggang olehnya hampir bertembung dengan sebuah kereta menerusi kejadian yang berlaku dalam laluan Jalan Hospital di sini sekitar jam 7.20 pagi hari ini.

Sebelum berlakunya kejadian, remaja lelaki berusia dalam lingkungan 18 tahun ini dipercayai sedang dalam perjalanan untuk bekerja di sebuah restoran yang terletak di bangunan Lot 916 dalam laluan Jalan Hospital, Sri Aman.

Ketika beliau cuba membelok masuk ke selekoh jalan menuju ke restoran terbabit dengan kadar kelajuan yang pantas, sebuah kenderaan Perodua Kancil tiba-tiba sahaja muncul dari kawasan dalam selekoh jalan itu sehingga menyebabkan remaja lelaki berkenaan terkejut.

Disebabkan oleh rasa terkejut remaja lelaki terbabit kemudiannya bertindak pantas membrek motorsikalnya sehingga terjatuh lalu terseret ke bawah kenderaan Perodua Kancil terbabit.

Pemandu kenderaan Perodua Kancil itu pula bertindak pantas membrek kenderaan lalu bergegas mendapatkan remaja lelaki tersebut terperosok di bawah kereta terbabit bersama motorsikalnya.

Bagaimanapun pemandu kenderaan Perodua Kancil itu berasa lega apabila mendapati bahawa remaja lelaki ini hanya mengalami luka kecil di bahagian lutut kaki kiri tanpa ada sebarang kerosakan terhadap motorsikal miliknya.

Remaja lelaki ini yang menyedari bahawa beliau melakukan kesalahan dengan membelok secara laju ke dalam selekoh jalan ini tanpa melihat kereta tersebut terlebih dahulu kemudiannya bertindak meminta maaf kepada orang dewasa terbabit.

“Remaja lelaki itu seharusnya sedar bahawa jarak penglihatan ke laluan selekoh masuk menuju kawasan ini (Lot 916) adalah terhad disebabkan disebabkan oleh bangunan di sini,” kata pemandu terbabit sambil menambah bahawa remaja berkenaan harus memperlahankan motorsikalnya jika ingin memasuki laluan selekoh berbahaya itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment