Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2009

Rakyat perlu terus sokong BN demi kemajuan - Harden


Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Jumaat (13 Feb) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis meminta semua penduduk di sekitar daerah ini untuk meneruskan sokongan padu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesinambungan projek pembangunan akan datang.

Penduduk katanya telah menikmati pelbagai faedah pembangunan yang telah kerajaan BN sumbangkan kepada mereka selama ini termasuk dari penyediaan kemudahan infrastruktur, perhubungan, pendidikan dan peningkatan taraf hasil sokongan padu daripada mereka.

“Menerusi Dasar Politik Pembangunan yang dibawa oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Sarawak telah berjaya mengalami transformasi pembangunan dalam tempoh 30 tahun seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

“Saya yakin jika penduduk terus menyokong BN, mereka juga akan menikmati faedah pembangunan yang berterusan terutama sekali menerusi perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Sarawak sebelum mengetahui acara Perarakan Besar-Besaran bersempena dengan sambutan Perayaan Cap Goh Mei 2009 anjuran Persatuan Soon Heng Sri Aman baru-baru ini.

Sekiranya penduduk mengalihkan sokongan mereka terhadap pembangkang maka projek pembangunan di sesebuah kawasan itu akan terbantut sehingga akhirnya merugikan diri penduduk itu sendiri.

“Lagipun penduduk seharusnya terlebih dahulu melihat prestasi kerajaan BN dalam menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup penduduk berbanding pembangkang yang belum pernah menyumbang apa-apa pun sebelum ini.

“Maka jika ingin menyokong pembangkang maka penduduk itu sendiri seharusnya sedar akan kesan yang bakal mereka terima terutama sekali dalam menikmati lain-lain faedah pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya.

Harden juga turut menasihatkan penduduk supaya tidak mudah percaya dengan dakyah palsu daripada pihak pembangkang terutama sekali isu yang berkaitan dengan kekuatan BN di negara ini.

“BN akan tetap teguh di Sarawak kerana penduduk sedar bahawa hanya BN yang boleh menjadi ‘payung’ pembangunan mereka dan bukannya pembangkang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment