Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 February, 2009

Pertandingan Shuffle di Mini Stadium pada 9 Feb ini

SRI AMAN, Sabtu (7 Feb) – Pasar Tani Sri Aman dengan kerjasama Perkumpulan Persatuan Wanita Sarawak (PPWS) dan Bank Rakyat di bandar ini akan menganjurkan Pertandingan Shuffle Berkumpulan dan Persembahan Kugiran Double Trouble bermula jam 9 malam hingga 11 malam di Mini Stadium Sri Aman pada 9 Februari ini.

Jurucakap penganjur, Awang Kelana bin Awang Mahuddin ketika dihubungi berkata Pertandingan Shuffle Berkumpulan ini bertujuan untuk mencungkil bakat para belia dalam bandar ini menerusi acara tarian berkenaan.

“Selain Pertandingan Shuffle pada malam berkenaan juga turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu secara langsung oleh dua buah kugiran tempatan iaitu Brader Rock dan Buaya Puaka.

“Dengan adanya persembahan kugiran ini maka pihak kami secara tidak langsung dapat menarik kedatangan lebih ramai golongan belia untuk menyaksikan pertandingan yang berlangsung pada malam itu nanti,” katanya sambil menambah bahawa tiada sebarang bayaran kemasukan akan dikenakan ketika berlangsungnya pertandingan itu kelak.

Menerusi yuran penyertaan bernilai RM50 untuk setiap kumpulan kata Awang, kesemua kumpulan yang mengambil bahagian akan melalui proses saringan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang di mini stadium terbabit pada 9 Februari ini.

Hanya 10 buah kumpulan yang layak menerusi ujian saringan ini sahaja kata beliau yang akan berentap pada saingan akhir Pertandingan Shuffle di Mini Stadium pada tarih yang telah dinyatakan.

“Kumpulan yang muncul sebagai johan Pertandingan Shuffle ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM250 manakala kumpulan naib johan dan tempat ke-3 masing-masing akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM150 dan RM100.

“Justeru kumpulan belia dari bandar Sri Aman yang berminat untuk menyertai Pertandingan Shuffle ini nanti bolehlah menghubungi saya sendiri di talian 019-4386432,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment