Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2009

Penduduk berbilang kaum pelajari budaya masing-masing menerusi hubungan perpaduan - Harden



Caption: PENGHARGAAN...Temenggung Tan (berdiri kiri sekali) sedang menyampaikan cenderahati berupa buah limau mandarin kepada Harden manakala Masir pula menerima penghargaan terbabit daripada Lau Eng Ang (berdiri dua dari kanan).

SRI AMAN, Selasa (3 Februari) – Perpaduan yang wujud di antara penduduk berbilang kaum dalam negeri ini membolehkan mereka mempelajari bahasa, budaya dan adat resam sesebuah kaum di antara satu sama lain kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Semenjak Sarawak mengecapi kemerdekaan pada 36 tahun yang lepas kata Harden, penduduk berbilang kaum dalam negeri ini kini saling mengenali dan mempelajari bahasa, budaya dan adat resam kaum masing-masing.

“Kita selalu memikirkan bahawa Tarian Singa milik kaum Cina hanya dimainkan oleh belia mereka sendiri namun hakikatnya terdapat juga belia kaum Dayak yang juga turut mengambil bahagian dalam acara Tarian Singa selama ini.

“Ini membuktikan bahawa perpaduan yang dipratikkan di kalangan penduduk berbilang kaum berhasil apabila kesemua mereka mula memahami dan mempelajari adat resam serta budaya kaum masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2009 anjuran Persatuan Soon Heng Sri Aman bertempat di ruang legar Tokong Cina yang terletak di Tebingan Sungai Sri Aman malam tadi.

Selain itu Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang juga mahu penduduk berbilang kaum dalam negeri ini dan Sri Aman khasnya untuk menghargai nikmat keamanan yang mereka perolehi pada masa sekarang.

Menerusi hubungan perpaduan ini, nikmat keamanan yang penduduk berbilang kaum nikmati sekarang kata beliau membolehkan kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan dari masa ke sesama.

“Justeru saya berharap agar penduduk berbilang kaum mengerti akan betapa pentingnya hubungan perpaduan itu dijaga serta dipelihara dikalangan diri masing-masing untuk kebaikan kita bersama pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Pengerusi Persatuan Soon Heng Sri Aman, Temenggung Tan Chong Meng, pengerusi pengelola majlis, Lau Eng Ang, para ahli persatuan dan ketua kaum dari daerah ini.

Harden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukkan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Soon Heng Sri Aman manakala Masir pula mengumumkan peruntukkan bernilai RM5,000.

Tamat.




No comments:

Post a Comment