Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2009

Majlis TBC 2009 Soon Heng Association meriah


Caption: MERIAH...Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati jamuan makanan yang disediakan bersempena dengan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2009 di sini malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (3 Feb) – Lebih 200 penduduk hadir bagi memeriahkan suasana penganjuran Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2009 anjuran Persatuan Soon Heng Sri Aman di Tokong Cina, Tebingan Sungai Sri Aman malam tadi.

Majlis ini yang diadakan secara ala rumah terbuka dan telah dianjurkan selama 20 tahun oleh persatuan terbabit menyaksikan orang ramai membanjiri kawasan Tokong Cina terbabit bermula jam 7 malam.

Walaupun hujan renyai turun malam tadi namun ianya tidak mematahkan hasrat orang ramai untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan majis terbabit di mana mereka berpeluang untuk bertemu dengan wakil rakyat dan pemimpin tertinggi persatuan di bandar ini.

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2009 ini telah bermula secara rasminya pada jam 7.40 malam tadi dengan ketibaan dua tetamu kehormat iaitu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Sebaik sahaja kedua-dua tetamu kehormat ini tiba, pengerusi pengelola majlis iaitu Lau Eng Ang telah membuka tirai perasmian majlis dengan menyampaikan ucapan kata-kata aluan kepada para hadirin.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan oleh pengerusi persatuan terbabit iaitu Temenggung Tan Chong Meng dan Masir Kujat sebelum Harden menyampaikan ucapan perasmiannya pada majlis itu.

Sebaik sahaja selesai ucapan oleh Harden, orang ramai telah dipersembahkan dengan acara Tarian Singa selama 10 minit sebelum kesemua mereka dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan oleh persatuan berkenaan.

Majlis pada malam itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu oleh para penyanyi tempatan di sebuah pentas yang terletak bersebelahan dengan Tokong Cina terbabit.

Persembahan nyanyian lagu dan tarian kebudayaan bakal diadakan di pentas tersebut bermula malam tadi sehingga berlangsungnya Perayaan Cap Goh Mei di bandar ini pada 9 Februari kelak.

Tamat.


No comments:

Post a Comment