Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2009

Lelaki dan wanita bergaduh gara-gara kentut di kedai CC (hahaha)

SRI AMAN, Rabu (4 feb) – Tabiat membuang angin atau kentut di tempat awam dianggap sebagai tabiat kurang sopan dikalangan penduduk yang sememangnya tidak gemar tercium bau kurang menyenangkan disebabkan oleh tabiat terbabit.

Malahan lebih memburukkan keadaan ialah apabila tabiat membuang angin tanpa mengira sensitiviti orang ramai dalam sebuah pusat perniagaan perkhidmatan ini boleh membangkitkan kemarahan sesetengah individu.

Itulah perkara yang terjadi di sebuah premis perniagaan internet dan perkhidmatan komputer dalam bandar ini apabila seorang lelaki dan wanita bertengkar disebabkan oleh tabiat membuang angin secara sengaja pada jam 12.45 tengahari hari ini.

Pada mula keadaan amat tenang di dalam premis perniagaan terbabit apabila kesemua pelanggan sedang sibuk melayari laman web masing-masing sebelum seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun memasuki premis terbabit untuk tujuan yang sama.

Setelah memasuki premis perkhidmatan internet itu, lelaki berkenaan seterusnya menggunakan sebuah komputer yang secara kebetulannya terletak bersebelahan dengan seorang wanita yang sedang sibuk melayari laman web kegemarannya.

Bagaimanapun wanita terbabit tiba-tiba melenting apabila tercium bau yang kurang menyenangkan setelah lelaki terbabit menggunakan komputer di sebelahnya selama lima minit.

Sambil memarahi lelaki berkenaan, wanita muda itu mendakwa lelaki tersebut sengaja melepas angin di dalam premis perkhidmatan internet berkenaan dan berniat untuk mengganggu keselesaan para pengguna yang lain.

Lelaki berkenaan kemudiannya bertindak balas dengan memarahi semula wanita terbabit sehingga terjadinya pertengkaran di antara mereka selama beberapa minit kerana menuduhnya tanpa menyiasat punca bau berkenaan sebelum ianya bergegas melangkah keluar dari premis perkhidmatan internet ini tanpa membuat sebarang bayaran.

Berdasarkan kedudukan dan arah angin dari alat penghawa dingin, wanita terbabit mendakwa bahawa dia mempunyai bukti logiknya tersendiri untuk menuduh bahawa lelaki berkenaan bertanggungjawab membuang angin di dalam premis berkenaan.

Penulis yang secara kebetulannya sedang menggunakan salah sebuah dari komputer terbabit juga berasa terganggu disebabkan oleh bau busuk berkenaan dan bertindak meninggalkan premis terbabit tiga minit selepas kejadian.

Tamat.



No comments:

Post a Comment