Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2009

Dua orang lelaki 'langkah kanan' dapat Lelabi




Caption: LANGKAH KANAN...Seorang lelaki membawa keluar seekor Labi-Labi dari dalam longkang di hadapan bangunan CIMB Sri Aman sehingga menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan terbabit.



SRI AMAN, Rabu (11 Feb) – Gelagat dua orang lelaki yang bertindak menangkap seekor Labi-Labi dalam sebuah parit di laluan Jalan Hospital berhadapan dengan bangunan CIMB Bank di bandar Sri Aman telah menarik perhatian orang ramai yang secara kebetulannya melalui kawasan terbabit sekitar jam 8 pagi hari ini.

Ketika berlakunya peristiwa itu para kakitangan Utusan Sarawak telah dimaklumkan oleh seorang pembaca setia akhbar ini yang menyatakan bahawa kemungkinan berlakunya kes kemalangan apabila beliau terlihat orang ramai berkumpul di satu sudut longkang di laluan jalan terbabit.

Setelah dimaklumkan mengenai perkara ini, Utusan Sarawak kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bahawa kehadiran orang ramai di lokasi terbabit hanyalah untuk menyaksikan tindakan dua orang lelaki yang menangkap seekor Labi-Labi berukuran panjang dua kaki setengah di dalam parit berkenaan.

“Kehadiran Labi-Labi dalam parit berkenaan pada mulanya dikesan oleh seorang kakitangan awam yang secara kebetulannya sedang melimpasi laluan parti terbabit sebelum beliau bertindak menelefon rakannya berhubung perkara ini.

“Rakan lelaki terbabit kemudiannya tiba-tiba kira 10 minit kemudiannya dan terus bertindak menangkap Labi-Labi terbabit dengan bantuan seorang lelaki lain sebelum bertindak menetak haiwan tersebut dengan menggunakan sebilah parang,” kata seorang lelaki yang turut sama menyaksikan peristiwa ini.

Bagaimanapun kehadiran Labi-Labi di dalam parit berkenaan menimbulkan tanda tanya orang ramai sehingga setengah daripada mereka ini berpendapat bahawa haiwan terbabit mungkin tiba di kawasan tersebut ketika berlakunya fenomena air pasang surut di Sungai Batang Lupar.

Mereka berpendapat bahawa Labi-Labi hanya biasa di didapati di longkang besar yang terletak berhadapan bangunan Jabatan Kerja Raya di bandar ini dan bukannya di dalam parit kecil berhadapan bank berkenaan.

“Mungkin haiwan terbabit tersesat ke parit ini ketika air pasang. Bagaimanapun pengemar masakan daging Labi-Labi tidak mungkin akan melepaskan peluang untuk menangkap haiwan ini jikalau mereka menemuinya,” kata lelaki terbabit.

Tamat.

2 comments: