Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 February, 2009

Chee Chuan Khor Simanggang hulur bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Sungai Semilang


Caption: PRIHATIN...Tay (kanan) menyerahkan bantuan kepada Tr Gendi (kiri) sambil disaksikan oleh Kapitan Kuek (kiri sekali) bersama dengan mangsa dan ahli persatuan berkenaan hari ini.

SRI AMAN, Rabu ( 4 Feb ) – Persatuan Chee Chuan Khor (Moral Uplifting Society) Sri Aman telah tampil membantu mangsa kebakaran dari Rumah Gendi anak Ranti, Sungai Semilang, kawasan Tanjung Bijat, dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman hari ini.

Persatuan Chee Chuan Khor Sri Aman telah menyampaikan sumbangan wang bernilai RM300 bersama dengan barangan keperluan makanan yang lain untuk kegunaan 122 penghuni rumah panjang berkenaan..

Bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai hasil sumbangan Persatuan Che Chuan Khor Sri Aman ini telah disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda persatuan terbabit iaitu Tay Yu Hock kepada Tr Gendi Ranti menerusi sebuah majlis yang berlangsung di hadapan Gereja Saint John, Sungai Semilang.

Presiden Persatuan Che Chuan Khor Sri Aman, Kapitan Kueh Aik Seng ketika ditemui berkata bantuan berupa makanan dan bantuan wang ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran rumah panjang terbabit.

“Pihak persatuan sememangnya memandang serius beban yang ditanggung oleh kesemua 16 buah keluarga mangsa dari Rumah Gendi Ranti apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api sekitar jam 1.40 petang kelmarin.

“Justeru atas sifat keprihatinan persatuan Che Chuan Khor dalam membantu golongan penduduk yang amat memerlukan di daerah ini maka pihak kami telah tampil untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa dalam bentuk wang dan barangan makanan,” katanya.

Selain itu Kuek juga berharap agar keluarga mangsa dapat memanfaatkan bantuan makanan dan wang tunai yang disumbangkan oleh pihak beliau walaupun ianya mungkin dianggap tidak seberapa di mata pihak lain.

“Kalau boleh saya juga berharap agar pihak lain sama ada dari agensi kerajaan dan swasta atau persendirian tampil untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran dari rumah panjang Sungai Semilang di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu 122 penghuni dari Rumah Gendi Ranti, Sungai Semilang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang bermula jam 1.40 petang semalam.

Api kebakaran ini dipercayai telah bermula dari bilik tengah rumah panjang terbabit dan seterusnya memusnahkan kesemua 16 buah pintu rumah panjang tersebut hanya dalam tempoh setengah jam.

Tamat.


No comments:

Post a Comment