Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2009

Snowdan nasihat mangsa banjir jangan pulang ke rumah




1.NASIHAT...Snowdan sedang menyampaikan ucapannya kepada mangsa banjir di SJK Chuang Pantu semalam sebaik sahaja selesai meninjau keadaan banjir di pangkalan Pantu. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

2.BERBAHAYA...Kelihatan segelintir mangsa banjir di pangkalan Pantu yang masih menguruskan rumah masing-masing sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara di SJK Chuang Pantu semalam. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Selasa (13 Jan) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan telah turun padang untuk meninjau keadaan banjir yang berlaku di pangkalan Pantu semalam.

Kejadian banjir terbabit telah menyebabkan 179 penduduk dari 41 buah keluarga yang menetap kawasan terbabit dipindah ke pusat permindahan sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman semenjak hari Ahad lalu.

Hujan lebat yang turun tanpa henti semenjak beberapa hari lalu menyebabkan air dari kawasan sungai di kawasan sungai terbabit menenggelami kawasan perumahan penduduk di pangkalan Pantu sehingga mencecah paras tiga kaki semalam.

Setelah meninjau keadaan banjir di kawasan berkenaan sekitar jam 1 petang kelmarin, beliau bersama rombongan kemudiannya mengadakan pertemuan terhadap semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara SJK Chung Hua Pantu terbabit.

Beliau menerusi ucapannya terhadap para mangsa menasihatkan mereka agar tidak kembali ke rumah masing-masing buat sementara waktu memandangkan keadaan masih belum selamat untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

“Cuaca hujan lebat dijangka akan terus berterusan sehingga hari Rabu ini dan adalah tidak selamat sekirannya anda (mangsa) cuba pulang ke rumah masing-masing pada waktu sekarang.

“Saya khuatiri sekiranya hujan lebat yang bakal terjadi sehingga hari Rabu ini kelak akan menyebabkan paras air banjir di kediaman anda (pangkalan Pantu) terus meningkat dan mengugat nyawa diri anda sekeluarga,” menurut beliau.

Bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa, Snowdan telah mengumumkan bantuan bernilai RM2,000 bagi tujuan pembelian makanan dan RM1,000 lagi untuk membeli barang perkakasan dapur.

Beliau juga turut menyatakan bahawa Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat juga akan memberikan bantuan makanan menerusi peruntukkan bernilai RM2,000 kepada semua mangsa banjir terbabit.

“Paling penting sekarang ialah anda (mangsa) semua haruslah sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman untuk memastikan segala urusan yang berkaitan dengan kejadian ini diurus dengan baik,” tambah beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment